Hat Yai, August 2018

Hi guys.

So I have written almost everything on Twitter but I think I'm going to blog this too cause soon, the tweets are going to be wayyyyyyyy down to scroll.

Hatyai ni was pretty much unplanned. Gamble jugak aa. Duit pun takde sangat ok lol. I knew the budget would be around 400 for the whole family (me, hubs and our two babies). Excluding hotel. But I convinced hubs to change only RM200 sebab bila baca itinerary orang lain, they all just habis banyak tu je. But honestly, kalau nak pegi sorang, dan nak naik public transport there, you can't save much. Transport sana quite pricey jugak la. Even Grab one way pun paling murah 85THB. Kalau sorang masak jugak lah.

Rasanya style trip ni macam backpacking jugak sebab kitorang bawak satu bag je. Baju bawak 3 helai. Seluar satu. Kat sana, basuh je bodo bodo. Jemur kat balcony.


So let's start.

Kitorang masuk Thailand pakai border pass je sebab kalau nak buat passport, botak la kepala. Sorang 200. Kitorang berempat dah dekat seribu. Maka guna la kelebihan sebagai anak jati Kelantan, buat la border pass kat UTC. Tangkap gambar passport RM10 sorang. So RM40 dah kat situ ya Tuan Puan. Then untuk border pass, one for Ed, one for me and the kids. So RM 20 je. 

I booked our hotel through Agoda. Baca review, ramai yang recommend Tanaphat Hotel. So I browse, and dapat RM51 per night. Very cheap. But kalau install apps dia, dapa RM47 weyy per night. Apa lagi. Install la Agoda and booked the hotel. But total payment was around Rm114 camtu sebab ada processing fee RM16. But fine lah kan.



So the next day, August 2nd, 2018, we went to money changer kat Kota Bharu. Mahboob or something, betul-betul depan The Store Kota Bharu, sebelah Azam Photo. Tukar RM 200 dapat 1600THB je. Omo sikit gile. Masa tu currency exchange, RM1 = 8.16THB.

Ni je dapat lepas tukar RM200


Then kitorang plan nak naik train sebab nak bagi the kids merasa la adventure macam mana kan. Then packing semua, 3 Ogos, hari Jumaat tu kitorang gerak dari rumah pukul 8 pagi. Kat Thailand masa lewat satu jam okay. Kitorang nak kejar train pukul 9 kat sana.

Sampai Rantau Panjang, dekat-dekat immigration Malaysia tu memang ada tempat parking belah kanan. So park la kat situ. RM5 sehari. Then kitorang berempat jalan kaki ke imigresen. Taknak tumpang motor k. Punya nak rasa adventorous (nak jimat sebenarnya)

Jalan punya jalan.sampai lah ke imigresen Malaysia. Cop border pass. Then gerak ke imigresen Thai pulak. Cross jambatan yang memisahkan Malaysia and Thailand. Menapak tu jauh la jugak guys. Kalau ada anak baik korang naik kereta or tumpang motor sapu kat situ la.

So dah sampai imigresen belah sana, korang akan nampak building imigresen Thai. Masuk kat dalam tu, and bila masuk, dalam, ada pintu kecik. Masuk dalam tu, mintak borang putih untuk isi mana kita nak pergi, mana kita nak stay etc. Senang je.


Dah tu beratur la untuk cop. But masa kitorang pergi tu, border pass kitorang problem sebab takde barcode.So kitorang dah bazir masa beratur kat dalam. Yang takde barcode kena pegi kat luar, dekat lorong kereta masuk, ada satu pondok kecik. Staff kat situ akan ambik gambar kita masa tu and print barcode, lekat kat kita punya border pass. Then beratur kat luar tu jugak, untuk cop one more time. 


barcode macam ni

Sebelah tempat beratur ni ada pintu. Masuk dalam tu, mintak borang putih. 


Borang putih macam dalam border pass ni

Lepas ambik gambar, beratur untuk cop kat sini

Alhamdulillah budak-budak ni ok. Seronok la jalan-jalan. Bangun pagi pun takpe.

Settle kat situ kitorang pun gerak ke stesen keretapi. Please download Google Maps siap-siap. Berguna gile nanti kat Hatyai. Oh ye. Masa nak ke sana kitorang tak beli prepaid sana pun, Kitorang guna roaming Digi je. Ada dalam apps dia. Telco lain boleh google kot. I think sama je. Kitorang beli yang 3 hari punya internet. Share pakai hotspot. Dah balik Malaysia pun still ada lebih 1gb. Berbaloi je aku rasa. 

Ni dalam apps MyDigi

Almost setengah jam jugak menapak. Matahari bapak lah terik. Aku pulak pakai sweater. Pandai. 

So sampai lah kitorang kat stesen keretapi tu. Masa tu 9.15 waktu Malaysia. Mind you , train punya schedule pukul 9 ya gerak dari Sungai Kolok/Golok. Kitorang terlepas train. Sadis betul. Jauh-jauh jalan, tak dapat jugak naik train. So ada la abang moto kat situ offer nak hantar ke stesen bas. Stesen van actually. But diorang panggil bus, so whatever lah kan. Naik 2 bijik motor dari stesen Sungai Kolok sampai stesen bas, 100 baht. 

Masuk dalam tu, pergi ke kaunter 5 untuk ke Hatyai. 


Ni lah van yang dipanggil bas tu.

Ok dah settle beli tiket, perut pun dah lapar. So kitorang beli some refreshments kat kedai area tu. Them makan kat kedai belakang sekali near the toilet. Milo ais diorang macam lain dari kite punya tau. Lemak berkrim sedap gils lah cite dia. Ke tekak aku je aku pun tak tau lah.

Lepastu around pukul 11 pagi waktu Thai kitorang naik van, and gerak la menuju Hatyai. Ada dalam 10 orang masa tu dala van. Aku ingat straight ke Hatyai, rupanya ada banyak pit stop pulak. Ambik orang tu la, orang ni la, hantar barang kat sini la, ambik kotak kat sinun la. Time consuming gak aa. Tapi the kids alhamdulillah very behave so lega dah kat situ.


At noon, driver berhenti kat tempat apa aku pun tak tau. Dia pergi masjid untuk solat Jumaat. Kitorang lepak kedai runcit, makan jajan. 



I dono la guys. Tapi LAYS kat sana pun bapak sedap. Ape ni ape ni


So dalam van tu, Ed ni made friends lah dengan sorang kakak ni. Orang Thai tapi boleh cakap dialek Kelantan la. Bagus jugak skill public relations husband ni. Sebab bila dah sampai Hatyai tu, turun van je ada la drivers tuktuk yang dah menunggu mangsa. I checked Grab, 85 baht je dari stesen van tu nak ke Tanaphat Hotel but yang pakcik Tuktuk tu nak sampai 150 baht ok. Masalah my hubs ni pulak, dia cepat je cakap ok tau. Jenis kalut sikit mamat ni. But luckily kakak yang travel sekali dengan kitorang tu declined elok-elok. Dia carikkan tuktuk murah. So dapatla 70 baht dengan pakcik lain. Alhamdulillah.

TUKTUK weeeeee



Dah sampai hotel, check in semua, kitorang masuk bilik, mandi and solat siap-siap. Dah lapar. Masa tu dah almost pukul 4 petang dah. Penat memang penat tapi kalau travel setakat nak tido kat hotel baik aku check in kat Kota Bharu tu je muahaha so kitorang pun launch Google Maps, jalan kaki ke Kai Tod Decha Restaurant. Famous among malaysians ni.


View fro our room

On the way ke Kait Tod Decha, jumpa cafe or bar - Homeless. So cute 

SAMPAI!

Kitorang order ayam goreng yang dikata sedap sangat tu, and memang sedap gilsssss. Tomyam sorang makan, tapi portion bapak banyak. Puas hati gile. Sedap pulak tu. Then kerabu sotong, and air teh buih and milo ais. Total semua 505baht. Okay la. Makanan dia tak murah sangat actually for me. But for orang KL, Penang or negeri-negeri yang makanan mahal, probably korang akan rasa murah. Idk.


Ayam goreng. 




Lepas makan kat Kai Tod Decha, kitorang gerak ke Lee Garden Plaza. I baca itinerary orang lain, ingat Lee Garden tu la gempak sangat. Rupa-rupanya kedai-kedai on the way nak kesana tu yang best. Memang best gile la. Banyak betul makanan and barang-barang murah and lawa gak aa. Tapi kitorang teruskan jugak masuk dalam Lee Garden tu sebab nak usha la apa benda ada dalam mall tu.

Near Kai Tod Decha. Ni on the way nak ke Lee Garden Plaza tu la.

Terjumpa abang ni yang jual pancake banana coklat tu. Apa lagiiii beli laaaa walaupun baru lepas mentekedarah.

Ni betul-betul depan Lee Garden.

By the way, jangan lupa beli extension plug untuk sesuaikan dengan kita punya charger. Ha paham tak? Hati hati takut kena tipu. Kesahnya,lepas makan tu, kitorang singgah hardware, nak beli benda tu la. Dia cekik sampai 150 baht. Tak jadi beli. Bila jalanjalan nak ke Lee Garden tu, ada kedai kecik dekat dengan Watsons. Kat situ ada jual extension plug tu. 50 baht camtu je. 

Lepastu masuk la ke dalam Lee Garden Plaza. Kena scan macam masuk airport tau. Tak tahu lah kenapa. Barang yang jual kat Lee Garden tu aku rasa macam banyak hand made and cantik cantik. Rugi tak buat passport holder kat sana.

Ni untuk letak phone. Comel sangat. Tapi budget ciput. So tak beli uwuuuu


Depan Lee Garden jugak ni. Dah Maghrib masa ni.

Ada kisah kat Lee Garden ni tau. Haih.
Hakeem ni buat hal kat dalam mall tu. Dia pegi berak dalam seluar! Huwaaaaa. Aku bengang betul. Bawak la dia pegi toilet tapi toilet takde aiir! Argh! Mak stress! Dahla ramai orang dalam toilet tu. Nasib baik dalam hand bag ada sabun baby. Basuh la berak dia kat situ. Aku ambik tisu, basahkan kat sink, lap bontot dia. !0 kali jugak la ulang alik dari sink ke toilet booth tu, nak make sure betul-betul bersih. Hadoila anak. 

Terpaksa la beli seluar untuk dia. Burn la 250 baht camtu. Ed pulak beli dia punya tshirt. 200 baht lebih. Kain sedap pakai katenye. Yelah bang. 

Dah ronda dalam tu, Ed penat and nak belik hotel dah sebenarnya. Tapi being me, aku kaki jalan weh. Apa barang balik awal. Malam masih mudaaaaa hahaha. So aku ajak pegi Asean Night Market. Naik tuktuk. Berapa baht tah. Nanti aku attach itinerary simple kat bawah. Godek la sendiri ek.

Kat Asean Night Market. Budakbudak happy dapat toys. Van VW Hakeem tu 250 baht. Humaira punya benda hijau tu 50 baht. Nangis aku. Mommy beli casing je 100 baht tsk.

Then kitorang balik naik Grab. 85 baht. Naik Vios. Sembang dengan driver tu macam itik dengan ayam. Dia tak paham kita, kita tak paham dia. hahaha tapi seronok asyik gelakkan satu sama lain.
Sampai hotel, eh lapar pulakkkkkkkk. Jalan kaki la pergi 7E, nak beli instant noodle. Banyak yang tak halal. Yang halal ada dua je tak silap.


7E dia bapak best. Barang macam makeup, skincare semua ada ok. Dalam pack kecik2 pulak tu. Naisssss. Aku suka 7E kat sana. Duduk situ pun dah heaven lol

Esoknya, pukul 11 pagi, kitorang dah nak gerak ke Chabura Dimsum. Ed cakap tunggu la lepas Zohor ke kan, I said no. Nak pergi jugakkkk. So pergi la kiotrang. And that was not my wisest decision. Sebab plan lepas tu nak ke Khlong Hae Floating Market, tapi market tu bukak around 5 pm. Kitorang keluar terlalu awal. Huhuhuhuhu 
Tapi apa pun, Chabura Dim Sum memang sedap. 


Harga 150 baht-200 baht.








Panas nak mampp ok kedai ni. Nasib baik kitorang realize ada tempat aircond! So kitorang request nak duduk kat aircond, and alhamdulillah diorang bagi. I makan 12 dimsum ALONE hahaha. Ed makan nasik goreng ketam. freaking delicious. Kids makan nasik, sup kosong, ayam goreng, telur mata. Total semua 350 baht rasanya. 

Nak pegi DimSum ni, kitorang rent tuktu. 400 baht rasanya untuk bawak ke Chabura Dim Sum je Chang Puak Camp (takyah p pun takpa), Khlong Hae Floating Market then balik Tanaphat Hotel. 

Kitorang terpaksa ke Chang Puak Camp sebab dah rent tuktuk. Actually nak pegi Khlong Hae Floating Market lepas makan DImsum tapi kitorang diberitahu belum bukak lagi tempat tu. So terpaksa la pegi tempat gajah. Korang takyah ke sini la aku rasa sebab kesian weyyyyy gajah tu. Google la tengok kekejaman manusia pada gajah. Please la jangan naik gajah. Bagi makanan, ambik gambar ok la. Dah la nak naik tu kena bayar 500 baht camtu. Kitorang ni budget tak besar. Ingat nak naik ATV tu tapi takyah lah rasanya. Jimattttttt ok jimatttt.



So ambik gambar je la sementara nak tunggu ke Khlong Hae. Bosan tempat ni kalau takde buat aktiviti pape. Ingat macam zoo ke apa boleh tengok binatang. Tapi kecik je tempat legar dia. Ada cafe je sebijik. Next time memang tak p dah.

Around 3,30 kitorang sampai floating market, and memang betul la. Peniaga tak start meniaga pun lagi. Sigh.




Tunggu dalam setengah jam lebih, ada la dua tiga yang dah bukak. Aku aim air dalam buluh ni je. Terus pegi beli.






Sotong bakar. Sedap.

Excuse the roundness of my face

On the way balik hotel dah.

Sampai hotel, tido sekejap. Penat kena panas. Kelantan hujan, tapi Hatyai panasss. Tapi bearable lagi sebab nak berjalan punya pasal lol

So malam tu, google tempat makan sedap. Kitorang decide nak ke Salma Restaurant. Serious sedap makanan dia.And diorang siap bagi plate for budak. Takyah request pun. Bagus service diorang. Tak ingat dah harga berapa semua makanan ni. Hakeem makan American breakfast at dinner. Ed makan mee goreng. I ate nasik goreng apa tah. Lupa dah. Nanti tengok kat twitter k heheh. Gambar pun tak proper.. Belasah je ambik gambar pun.








I thought lepas makan nak jalan-jalan around Lee Plaza lagi. Tapi Ed taknak. So apa lagi. Kita merajuk la hahaha. Jalan laju-laju balik hotel. Ala, sekali sekala datang kan. Penat sikit apadehal. Esok Subuh nak balik Kelantan dah. Tapi lepas dia bawak pegi 7E,rajuk pun hilang. Hahaha 

This time I bought foundation 25 baht and bedak 20 baht. Murah gilsssss

Balik hotel, tidurrrr. Before tu dah set dengan sorang driver tuktuk. Dia akan ambik kitorang exactly lepas Subuh untuk ke train station. Nak kejar train pukul 6.30 pagi.

Esoknya, journey nak habis dahhh. Pegi train station, beli tiket. Ada number seat tapi diorang kata duduk je mana-mana sebab tak ramai orang naik train pagi.










At last merasa jugak la budak-budak ni naik train. Nak naik tu ada berapa baht je lagi dalam poket. So beli pulut ayam je. Dalam train pun ada orang naik menjual. Kitorang beli kelapa jelly je satu. 10 baht. Habis lah duit Thailand. 



Check ticket


Ramai askar naik train. Nak pegi mana tak tau. Lupa -pulak nak tanya 



Sampai Sungai Kolok, ambik motosikal bawak pegi ke Rantau Panjang terus. Diorang tunggu kita cop passport semua sampai settle lah.


Ha cenggitu lah kesahnye. Pegi bulan August. Harini 13/9 baru siap karangan ok. Punya lama aku nak type. 7 kali type ni ok. Phew. 

Itinerary and harga semua kat twiddeerrrrrr. ni link dia: Hatyai Trip.

Ok tak paham boleh comment or twitter or email aimyasminx[at]gmail[dot]com. I always check email dont worryyyy. See youuuuuuu in my next entry bye

No comments:

Hat Yai, August 2018

Hi guys. So I have written almost everything on Twitter but I think I'm going to blog this too cause soon, the tweets are going to be ...