Resepi Sup Ayam Simple dan Sedap Ibu Mertuaku

Banyak pulak resepi kau Min kan. Resepi Umi pulak tu. Kihkih

Kalau balik rumah mak sendiri, teringin nak makan masakan mak. Now my MIL is quite unwell, so beliau bagitau je resepi, cara-cara semua, then I la masuk dapur. Tu pasal jadi banyak resepi pulak kebelakangan ini. 

My MIL dulu jual nasik berlauk pagi-pagi masa dia muda. Petang jual mee sup macam tu la. So beliau ni memang terer masak dan sedap la. Air tangan orang lama kan. Lucky me la boleh belajar dari dia. Alhamdulillah.

Sup ayam zaman sekarang ni kata beliau, nak tumis2 dulu kan. Resepi dia takyah pun.

Macam ni. 
Bahan yang kena ada ialah sup bunjut muahaha. I bought yang Sup Tulang brand Puteri. Sedap jugak. I pakai sup tulang sebab yang sup ayam dah habis guna, lupa beli.

2 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah
Halia seinci
Tumbuk. Tapi jangan sampai lumat sangat.

Ok ayam tu bila dah potong cantik-cantik kan, then REBUS DAHULU. Yezza. Rebus dulu. Pakai Kangen Water pH 9.5 lagi la bertambah sedap ya tuan-tuan dan puan-puan. So sape nak beli mesin Kangen yang boleh keluarkan 7 jenis air, roger saya. (Promote jap lol)

Rebus ayam tu kejap je. Sekali gelegak je. Lepas tu buang air rebusan tu.

Lepas tu, masukkan air lain dalam periuk berisi ayam tu. Masukkan sekali bunjut dan perkakas menumis tu. Masukkan jugak bawang yang tumbuk tadi. Garam pun my MIL masukkan awal-awal. Kasi bermesra-mesra dengan ayam.

Api kecik je. Renehkan lama sikit takpe, baru sedap katanya.

Ni sup dia. Nampak tak berminyak kan. Saba jap.

Lepas tu, ambik seulas bawang putuih, 3-4 biji bawang merah. Potong halis bawang tu. Goreng bawang tu dalam minyak sikit je. 

Dah jadi bawang goreng, tuang semua dalam sup tadi, including minyak yang goreng bawang tu. 


Goreng bawang untuk dijadikan bawang goreng. 


Tadaaaaaaa. Taburkan daun sup. And, siap! 

Husnamd tambah 2 kali ok. Weeeeee. Even my MIL pun makan bertambah. Eh sedap sangat aku buat ni. muahaha. Sedap la jadinya sebab senang je buarnye. Kan kan. Tengah dukung anak pun selamba je masak. Ok la tu.

Ok dah habis dah resepi. Actually ada je resepi yang my MIL guna masa berniaga nasik berlauk dulu. I wrote it in a book tapi entah mana pergi buku merah tu. Tsk.

takpelah nanti kita belajar lagi.

Till then peeps.

see you.


x,
Ay











Resepi Ikan Percik Simple & Sedap Ibu Mertuaku

Hai bertemu lagi kita dalam rancangan ... Resepi Ibu mertuakuuuuuuuuu

Ikan percik ni senang gile je rupanya. sumpah senang. Percik percikan ni ada cerita sebenanye kohkoh.

Masa tahun bila entah.I was working somewhere kan. Then masa tu bulan puasa, So my colleagues and I, planned nak jual ayam percik kat bazaar Ramadhan. I was excited then mintak la resepi dengan my mom. My mom pun terer masak ok. Lepas tu sekali buat je. Susah nya lah rasa. Ye la masa tu mana la masuk dapur sangat. Nak blend bawang pun terkial-kial.Pecah minyak pun tak paham apebenda. So sekali je la I tolong diorang prepare ayam percik tu muahaha sorry guys. cerita dia panjang lagi but I pendekkan sebab it's a personal thing. And I believe bila buat tajuk resepi-resepi ni, orang yang macam aku akan sampai ke blog ni. So orang lain pulak tau cerita aku dan kebodohanku masa lalu hahaha I was so young and dumb. 

Nevermind. let's cekidaut the recipe!

Blend:
6 biji Bawang merah 
! ulas bawang putih
Sikit halia
4-6 keping lada kering (nak pedas, letak la banyak lagi)
Santan sekotak. Yeap. Blend with santan.

(Orang lain letak serai. Including my mother. But my MIL tak suka serai so dia tak letak. Depends.)

Ikan pulak, my MIL kata sedao guna IKAN KEMBONG. But time tu weols takde kembung, Kita guna ikan apa entah yang my sister in law bagi. Selayang kot? Orang luar Kelantan panggil ikan selayang tu apa? Selayang jugak ke? Kitorang tak panggil Selayang. Kitorang panggil Selaye. Hahahah k tak kelakar.

Ikan tu lumur dengan garam kunyit. Bakarrrrr atas pemanggang. kalau ada yang ajaib tu, lagi senang keje korang kot. Kitorang oldskool.

Ok lepas dah blend tu, ambik kuali, panaskan, then masukkan bahan blend tadi. Ingat kat sini, kasi gelegak sekali je. Lepas tu tutup api. JANGAN BAGI PECAH MINYAK. #tips tu. Takleh pecah minyak sebab nakkasi kuah tu melekat kat ikan. Kalau TERpecah? Hmm entah. Teruskan je la. Takkan nak buang pulak. membazirrrr

Lepas tu ikan tu kan tengah bakar kan. Bila dah garing sikit, angkat bawak pemanggang tu ke arah kuali berisi bahan blend tadi, then ambik senduk, curahkan bahan blend tu ke seluruh ikan, ataas dan bawah, without removing the ikans from the pemanggang tau. Ha nampak tak betapa rojak bahasa aku.

Ha nampak ke idok jadi camane. 


 ok dah tu, bakar lagi. Buat macam tu 2-3 kali sampai la nampak rupa ikan percik. Senang kan? Kuah dia pulak, guna yang dalam kuali tu la. Tapi masa nak makan nanti, panaskan lagi sikit. Jangan sampai pecah minyak jugak. Panaskan sampai just nice untuk jadikan kuah. Hahaha harap sape yang membaca ni paham la ek.


 

Itu lah jadinya lepas dah siap bakar. cantik je kan. Macam ikan. kakaka. 

My brother suka sangat makan ni. Untung la ko dik. Nasib kakak kau pandai masak. Eh? Hahah ok lah. Japg nak tulis resepi sup ayam senang gile jugak. 

OH YE. Lupa pulak. Ini untuk ikan kan. Untuk ayam, it's a little different. 

Blend bahan yang sama. 

Ikan tu kita lumur garam kunyit, terus bakar kan. Ayam pulak bukan begitu. 

Untuk ayam, ayam tu dah basuh bersih, lumurkan jugak dengahn garam and kunyit. Then rebus dalam air campur santan. Santan tu sikittttttt je. Letak serai sikit. bila dah empuk baru panggang. Ok? Gewd.

See you in the next entry!


x,
Ay

Resepi Sambal Lada Kering Goreng Ibu Mertuaku

Honestly, my memory is so full of song lyrics that sometimes I don't even remember how to cook this and that. So from time to time, I need to yknow, write it down somewhere. Oh I have a recipe book for myself... Had. But books are so 2000 kahkah no kidding. I always lost my book despite of me liking to buy new and cute books.

Anyway, this is the recipe yang my mother in law turunkan to me and all her kids, perhaps. But I am not very close to my in laws, because well, they're my in laws lol. I kan pemalu ahaks. So asking them is the last thing I would do. It's better for me to write it in my blog or in my instagram. Easy to access, you know what i mean? 

The first time I ate this simple dish, I terus fell in love sebab pedas! And sedap dimakan cicah whatsoever. Now I kan on the mission to kurus. So I always have a protein and a lot of veggies. Lots of it, really. So it's heavenly good to cicah all those veggies dengan this sambal. No I don't take nasik for now. I don;t know how long I will bertahan. Hahs.

Bila nak resepi nya?  lol ok here goes. 

 Segenggam lada kering. My mil rendam je dalam air. Lepas tu potong-potongkan.
Bawang merah. Lots of it. 
Bawang putih 
Halia sikit
Asam keping satu je.

Blend lada dan bawang dan halia tu. Air sikit je. Oh ye, blend sekali dengan garam and gula. Banyak. Aroung 5-6 spoonful each. Garam tu bole la reduce. But gula, I think sebab lidah Kelantan kan, suka pedas pedas a little manis gitu. But seriously tak rasa manis sangat pun. Rasa pedas je hahah. And blend tu jangan hancur sangat lah. Nanti jadi sambal tumis pulak. Letak ikan bilis nanti boleh makan dengan nasik lemak . Kita bukan nak buat sambal tumis. 

Ok dah tu, 
Dalam kuali, letak minyak. Quite banyak actually. Around 2 senduk?

Then bila dah panas, pour everything yang dah blend tu. Api sederhana kecik. Jangan besar nanti cepat hangit. Kacau selalu okay.
Lepastu apa ek. 
Lepastu tunggu je sampai pecah minyak. Jangan garing sangat. 

And tada!
It will look something like this. 

 

Gambar Google ni sebab I tak snap masa buat haritu. Ada je dalam Tupperware tapi malas nak pegi dapur so google je la. Bole tahan lama ni. Tapi jangan ambik dengan tangan la. Nanti basi la makcik. Ambik sudu lekaih. Boleh refrigerate, no problem. My husband said ni la makanan orang bawak ke laut. Nelayan yang stay lama off shore kan. Wahh off shore. Betul la. Ingat engineer je ke offshore? 

Okay lah. Satgi I update resepi ikan percik my MIL jugak. Senang gilos. I ingat payah sangat. Now boleh buat hari-hari la sebab kacang gile. Ok see you.


x,
Ay










What to expect

It's 5th Ramadhan today. Or is it already 6th? I don't know. Since I left college, time is hardly my companion. So we have tried s...