Wean Off

 Hai.
 Semalam sempat tulis tajuk je hahah lepastu kiddos semua mula melasakkan diri, maka aku terpaksa tutup PC.

So harini Ed takde kat rumah. Rini ade job pasang piping special utk mesin Kangen. So far alhamdulillah beliau sorang boleh buat benda ni dan terbukti keberkesanannya. So korang yang ada mesin Kangen tapi takleh nak pakai sebab guna air bawah tanah, contact lah beliau. ni nak bagitau sikit. Kalau air telaga and air boring tu memang takleh masuk mesin kangen sebab air tu too acidic. So kena la rawat dulu. Air kerajaan takpe sebab memang policy dia kot mesti pH neutral. I think chlorine tu pun one of the reasons air kerajaan tu jadi neutral. Tapi masalah Kelantan ni, air kerajaan in some places, berkarat ya ampun. Tu pasal makin bertambah gegel yang rambut kaler oren kat Kelantan ni kot. Hahs ok lari topik


Wean off Hakeem serious cakap, tak mudah. 

Aku start nak wean off dia since umur dia 2 tahun. Exactly 2 tahun. Masa tu kat Penang lagi. Time tu Hakeem belum pandai nak mintak2 ke apa. Tapi Hakeem ni time tido mesti nak menyusu. So one day aku taruk ubat gigi. Dia takmo tido. Dia main kereta mainan dia. Aku pulak sebagai ibu yang budiman, rasa kesian pulak huhuhu. Last2 aku basuh je then teruskannnnnnn sampaila Humaira lahir. 

Lepas Humaira lahir, terpaksa la tandem nursing pulak dah Hakeem belum readuy nak wean off. Haa. Dah masa Humaira baru2 lahir, Hakeem pulak umur 2 tahun ++. Dia punya mengamuk memang dah tahap kaw kaw punya. Tapi alhamdulillah, yang bagusnya dia tak pukul adik dia diam2. Kalau dia nak kacau pun, depan kitorang. So still terkawal la.

Bila menyusukan dua2, badan Hakeem naik mendadak ok. Gemuk! Memang geram and comel tapi kuat marah. Aku rasa sebab dia tak puas hati sebab adik dia share kot. Kot la. Dah tu aku try la macam2.

Letak lada hitam. Tak jalan.
Letak sirap.Tak jalan.
Bagi susu kambing. Tak jalan.
Bagi botol susu. Tak jalan.

Pastu Hakeem ni jenis penggeli. Berak dia sendiri pun dia muntah kalau bau atau tengok. Tengok pampers adik dia yang ada poop pun dia muntah jugak. Punya tinggi tahap kegelian budak ni. Adi dia muntah susu, dia pun muntah sama. Hahah hadoila. So aku dapat idea. Aku letak kapur. Kapur kan kaler putih, nampak macam muntah susu. Lepastu aku cakap 'eeee yek!'. Dia pun 'eee yek' sekali. Tapi sekali je la. Last2 dia menyusu jugak -.-


Last2 aku letak minyak Mastika yang baby punya tu. Tak la pedih sangat hahah.

Mula2 bau dia terus taknak. So the first night, dia guling guling then tido. Alhamdulillah, kateku.

Tapi Hakeem ni jenis bangun malam utk menyusu. Tiap kali dia bangun, setiap kali tu la aku sapu. Mula2 tu dia menangis jugak la takleh susu. Tapi biarkan je sampai dia penat and tertido balik. time adik dia menyusu, dia pun datang menyendeng. Sapu jugak minyak mastika tu. Dia taleh bau minyak tu. Dia tak suka. So tak jadi dia nak menyusu hahah.

Kesian memang kesian tapi hmm kesian lagi kat adik dia. So repeat la benda sama dalam 3,4 hari. Sekarang dia dah boleh tidur sendiri. Dah tak perlu mommy dia. Hm sedeh pulak. 

Pastu tubuh dia pun susut balik huhuhu. Aku tanak bagi susu formula seboleh bolehnya. And Hakeem pun memang tak suka susu lain. Cuma dia suka minum teh. Haih. like father like son. So botol susu dia tu, kitorang masukkan teh je. Settle masalah. Tu pun dia tak mintak sangat dalam botol. Lagi prefer pakai cawan. 

So tu lah cerita aku nak wean off Hakeem. Heheh. Macam senang je kan? no no. Mental kena kuat. Tahan la telinga and jiwa raga dengar dia nanngis. Ok yang kecik dah bangun. kbai

Comments