#NashaHumaira

Hi. Salaam.

Ahahah. Seriously Min. Setahun okay tak blog. Maigadddd. Busy wey and last year was pretty hectic year la jugak with the work stuff and all. Then early this year pulak we decided to move back to Kelantan, our hometown sebab alhamdulillah ada project kat sini. 

Yes yes. Dah almost 7 months dah we lived in Kelantan. Alhamdulillah jugak. So far so good. What makes it better? 


Now say hello to my new born baby jeng jeng --


Actually I nak cerita the experience carrying this kiddo in my womb sampaila time nak deliver. So let's see lah setakat mana I can type hahah you know lah dengan 2 babies. Sigh. Macam kerja cashier kat Mydin pulak. Penat hoi. Macam tengah training dengan Usain Bolt pun ada kahkah. Ye laa. Dah mandikan yang kecik. Baru nak landing, yang besar pulak bangun. Layan dulu. Ambik mood dulu. Makan dulu ke. Baru boleh paksa mandi. Tu pun kena rasuah dengan kereta dalam bath tub. Kena bagitau dia dulu, "wash your car, Hakeem". Dulu dia makan rasuah. Sekarang dah jadi menteri yang bertanggung jawab alhamdulillah. Hahaha. Masalahnya Mommy la pulak. Kalau sekilo takpe la nak angkut masuk bilik air. Ni dah dekat 13, 14 kilo. Matilanak.

Yang baby gitl ni. Aku sampai dah lupa macam mana dapat tau positive. Bila pergi check kat Klinik Marina, Seberang Jaya tu rasa rasanya around 2 months macam tu. Then decide nak pergi klinik kerajaan lewat sikit sebab malas nak urine test and ambik darah banyak2 kali huhuhu

Morning sickness still ada. Aku rasa lagi okay dari time Hakeem dulu sebab I think I drank quite a lot of plain water masa preggy. Masa Hakeem dulu, Coke pun aku balun. Belum insaf okay masa carry Hakeem. Ish. Belum jumpa Kangen Water lagi time tu.

Yang aku ingat, muntah ada. Pening of course. And one thing that I think memang diri aku bila preggy is, takleh tengok cahaya. langsung. Memang silau aku tinggi sebab tu spec tebal ya ampun sampai senget2 mata bila pakai spec. Tapi bila preggy, screen phone pun tak leh tengok. Second pregnancy, rumah pun aku nak gelap gelita. Time tu kitorang sewa kat Penang kan. Apartment. Duduk pulak  tingkat 20. Matahari menembusi rumah bagai tiada penghadangnya. Gitew.

Time solat, memang akan carik tempat gelap. Time nak tido, tutup semua tingkap dengan kain batik sebab langsir tak mampu nak block sunlight. bila dah macam tu sickness-nya, I quit from tuition. Tak larat nak muntah tiap kali mengajar. Terkenang pulak time time mengajar kat international school dulu. Pergh hazab.

Then early March 2016, lepas dah dapat confirmation email from Kelantan, kitorang pun packing siap2 then chow. Nasib baik la ada 2 adik lelaki yang kuat dan handsome, ehem, yang datang all the way from Kelantan to help us pindah.

Eh apa aku nak tulis sebenarnya? Hahaha 


So bawak baby girl yang ni memang selalu penat. Faktor usia mungkin. Tsk. Solat pun asyik kena duduk je. Time nak dekat2 deliver, perut besar ya ampun. Adik mmeber aku siap tanya "Kembar ke KakMin?" Ha kembar. Kembar dgn coklat. Hari hari Cadbury almond. Heh

Before betul betul deliver, dua kali terpaksa masuk sepital. First time tu sebab sakit perut. Memulas tapi tanak membuang. So pergi la hospital Kota Bharu. Alih alih kena tahan pulak sebab pakar nak check. Bermalam la kat hospital. Duh. Tapi takde apa  pun. Memang aku rasa ada salah makan pun. Tapi doc nak be safe kot, so suruh masuk wad jugak. I pun redho je lah. Second time, I felt something came out like drippinng macam tu. Time tu 36 weeks tak silap. Kalau lahir pun premature baby katanya. Tapi check check, takde apa jugak. Ish drama sungguh ko ni min. 

Then my mom came from KL. 26/27 August. Saja lah jalan2. Mama sampai rumah je, Mama cakap "Ha beranak lah cepat." Aku pun huhu je la masa tu. Tak sabar wey nak beranak. Penat bawak perut lagi penat dari bawak beg sekolah.

Lepastu Mama pun balik la KL 29 August. Dah tu, pukul 12 tengahari that day jugak dah start rasa lain macam . Rasa sakit perut. Rasa contraction tapi tak kerap lagi. Tahan tahan. I dont want pegi sepital awal2. Taknak tinggal Hekeem lama-lama. And the pain pun was still bearable. So I thought takde pape jugak ni. False alarm jugak rasanya ni. Sebab due actually 8/9. Lagi 10 hari, I said. Ed pun macam ambik tak serious jugak la dah I cakap camtu. And dah dua kali pergi sepital pastu balik jugak kehkeh

Malam tu masa tengok tv, I felt contraction makin kerap. Aish. Now dah rasa sakit sikit sebab frequency tu. Tapi tahan jugak. Then I tidokan Hakeem around 2 a.m. Lepastu I told Ed to be ready. Rasa rasanya dah betul tanda ni. Then I tried to sleep. Tido sekejap je pastu bangun balik. Sebab sakit. Ed tak tido lagi, tengah layan movie ke FIFA entah. I pun kira berapa kali contraction seminit. Mula-mula dua kali. Pukul 3.30 dah 3 kali seminit. Sakit dia pun pergh. Tapi tahannnnn jugak. I thought nak pegi hospital siang sikit. Pukul 4.30, Ed masuk tido. I held his hands then masa contraction, genggam tangan dia kuat2. Ed rasa perut time contract tu, keras katanya. I tak rasa keras tu sebab rasanya macam keras keras biasa je huhu.

At 5.30, tak tahan wey. Kejut Ed. Dia baru sejam tido. Sape suruh??? Called Aman suruh datang rumah, tidur dengan Hakeem. So Ed and I pun depart la pegi spital. This time I taknak hospital Kota Bharu. So we went to HUSM instead. I brought a bar of Cadbury dalam bag. Tapi makan sikit je. Ingatkan sempat la makan ke apa. Sampai hospital betul2 masa tengah azan Subuh. Masuk tempat CT scan tu, check laluan dah 5 cm rupanya. I was like, gosh nak beranak dah ke. Memang fikir taknak ambik any pain killers. Nak try la rasa sakit beranak yg orang duk cerita tu kan. Dah tu, nurse suruh bagitau husband, ambik bag baby. Aku keluar dari tempat tu, carik Ed kat luar, eh takde pulak mamat ni. Line Digi pulak takde around labor room tu. Ya Allah. Aku pun keluar la carik. Turun bawah, pergi surau sebab ingat dia tido kat surau. Kot la dia solat Subuh pastu sambung tido kat surau ke kan. Sebab masa Hakeem dulu memang dia tido the exact timie I was pushed into the labor room. Grr

Then luckily ada line. I called. Dia pergi breakfast area Mydin pulak. -.-

So bila dah bagitau 5cm, need the baby stuff and all, dia pun rushed back to the hospital. Around 9.30 am, masuk la labor room. I like that place. Macam kat Putrajaya. Sebab satu bilik satu patient. Takdela ramai2 beranak. Takut kang dengan jeritan orang lain. Huhu. Then doc pecahkan air ketuban. That time 6cm. Ed still kat luar. I was alone dengan nurse. Contraction pain was very real. Sakit doh. Sampai setiap 3,4 saat satu contraction. Then Ed masuk. Nampak je muka dia terus nangis. tapi nangis diam diam. Tak pandang dia pun. Ed cakap, eh tadi okay je? Saya masuk ni nangis pulak? Hahah taktau lah tetibe nak cengeng. Ala I memang cengeng cuma lepas kawen je jadi tough sikit. heh

Then bila dah cool down tu ada nurse masuk bilik tu. Katanya kalau rasa nak terberak, bagitau. Aku pun cakap la memang dah lama rasa nak berak ni. Dia check2 then cakap belum lagi ni. Aku pun cakap nak epidural sebab sakit takleh nak describe. Pastu katanya dah tak boleh. Masa 3cm tu boleh la. 3cm camane dah masuk wad pun dah open 5cm. Tsk. tapi nurse tu cakap try sedut gas or something. My guess, it was morphine. Rasanya la. Sedut punya sedut makin sakit wey. Takde de dia kurangkan sakit ke apa. Dahtu, bonus pulak. Literally high on drugs. High. Khayal. Bagitau Ed, saya literally high. Ed kata ye la ubat la tu. Hm. 10.30am, memang sumpah sakit sampai aku menangis. Menangis meraung ok. Bukan sob sob camtu. Ni kira meraung macam mati laki rasanya. Tapi tengah high ni. Bila ingat sekarang macam kelakar pun ada. ed panicked. Dia panggil nurse and doctor.

Sorang doc perempuan datang and 2 nurses tagged along. I still nangis. Doc tu check and dia cakap "Eh dah boleh ni. Puan nak push sekarang ke?" aku angguk2 je. Lepastu dengar dia cakap "ok Puan, Puan kena focus kat apa yang saya nak cakap..." aku dengar tu je. Lain aku tak dengar dah. Bermula la sesi berperang dgn kesakitan. pergh. Twice rasa nak berak gila gila. Ed pun duk bising apa sebelah aku pun aku tak tau. Tak ingat, tak dengar and tak nak dengar pun. Kahkah. Yang aku tau aku nak keluarkan baby and aku penat tahan sakit sejak semalam. Mind you, aku tak breakfast, tak makan benda berat pun. Lapar lagi. Bila dah nampak kepala baby, Ed la cakap dia boleh nampak rambut, aku pun bagitau takleh dah. Penat, I said. Doc tu kata Puan boleh lah apa lah. ed pun sama. Dia bebel something pastu cakap aku degil or something like that takkan takleh push baby ha cenggitu la maksud dia lebih kurang. Mana kaitan antara degil dengan pushing the baby put pun aku tak tau hahah

Then pukul 10.43 rasanya, on August 30th, keluarlah seketul baby yang beratnya 2.94kg. Kecik je time ni. Cuba tengok sekarang. Baju abang dia yang size 6 bulan pun dah muat ok. 

Then Ed keluar leoas nurse bawak baby pergi mandi. I pun penat ya ampun. Masa dijahit pun aku tidur tapi mintak bius la walaupun katenye tak perlu bius, tapi aku insist sebab dah tak larat nak tahan sakit. Huhuhu. Then masuk wad sementara. that time nak tunggu turn untuk masuk wad biasa la. Ramai nau orang beranak. Dekat 5 jam tunggu rasanya. line internet pulak takde. Bosan nak mamp. pukul 4 kot, kene tolak masuk wad

Masa kat hospital, baby tak meragam alhamdulillah. cuma dia nak tidur dengan aku je taknak tido dalam crib hahah. ok takpe la camtu. Then malam tu baby berak. Aku panggil nurse bagitau baby berak. Kot la dia tolong basuh ke apa kan. Lupa pulak masa Hakeem dulu mama teman. So mama yang basuhkan berak Hakeem dulu. Now aku terpinga-pinga. Nurse pun tanya ada wet tissue tak? I said "Ada. Oh lupa pulak boleh basuh pakai wet tissue. " hahaha ingat tadi nurse nak basuh montot baby kat sink ke apa. 



 yang gambar kecik tu masa 2012 (Hakeem)

Esoknya Mama sampai pukul 8 lebih. Pukul 11 boleh masuk melawat. Aku still penat even nasik yang diorang badi selalu je habis hahah. Tak minum Kangen kot. Eceh. So dah settle semua, Ed pun dah bayar, so kitorang pun gerak la balik. Tengok la muka aku still kepenatan. Ni dah pakai bedak, lip gloss ni ok. still macam muka tak siap. Serious la, tolong la makan nasik ke spaghetti ke sebelum korang nak deliver. Kita penat satu  hal. Baby pun lapar jugak ok. Tapi baby aku boleh sabar lagi time ni. Sat aku cerita bila dah balik rumah. 



Dah balik rumah tu, tak berenti menyusu. Nak menangis aku sebab penat menyusu hahaha. Dgn hakeem lagi. Masa tu belum wean off. Pergh hazab. Boleh pulak dia berebut dengan adik dia. Tapi now dah wean off alhamdulillah. Next next entry la cerita camane. But Hakeem alhamdulillah exclusively bf sampai 2 tahun 5 bulan. so baby lapar. Tengah malam pun kejap2 bangun nak susu. Gosh. 2 days macam tu ok. Memang tak dapat beauty sleep pun aku masa tu. Agaknya kalau Ed dengan mama takde, mau aku meroyan. Serius. Masuk hari ketiga, baby dah cool down. Dah kenyang kot. Hahaha 2 hari baru nak rasa kenyang. Malam2 pun ok sikit. Alhamdulillah sekarang bertambah okay. Aku tido dia pun tido. Macam Hakeem dulu jugak. Senang jaga. Alhamdulillah. 

Moral of the story. Makan.

Hahaha start tulis ni awal bulan Oktober ok. ni dah nak habis bulan 10 baru habis type. mintak mahap la panjang kepada siapa yang membaca walaupun blog dah ketinggalan zaman sekarang. Lol like I care. 

So this is us. Latest la jugak. 

See. Tu baju Hakeem masa 5,6 bulan okay. Dia pakai pun muat2. Bulan depan dah tak muat agaknya baju Hakeem ni. Hahah. Tak gemuk tapi semangat. Haritu pergi Aeon Mall, dalam changing room untuk baby tu kan ada la budak lelaki sebaya Humaira - that's her name sorry baru bagitau. Tapi Mayra sekali ganda besar dari baby tu. Mak dia tanya, lahir berat berapa. I said 2.94. Eh kecik je katenye. I tanya dia pulak, baby first eh? haah baby first. So aku pandai2 cakap baby first memang kecik kot sebab Hakeem tu pun kecik je masa baby. So tu je la cerita. Panjang sangat pulak sampai ke Aeon Mall aku bawak korang hahaha kbai         










Comments