Resepi: Egg Salted Butter Chicken

Hehehehe resepi lagi. Pasal senang je. That's why I rajin tulis.

Nama je macam curlassssss tapi sebenarnya Ayam masak telur masin je. Beriya aku carik telur masin kat Aeon. Nasib baik ada.

Okay here goes the recipe.

Bahan A:
Tepung jagung
Tepung gandum
Telur
Ayam

Bahan B:
Butter / Mentega
Bawang putih
Cili padi
Telur masin kuning (Rebus dulu ok)
Susu sejat
Garam / Perasa

Cara-cara:

1. Tepung jagung dan tepung gandum tu gaul sama-sama. Lepastu celup ayam dalam telur, celup pulak dalam tepung. Kira salut la. Lepastu GORENG dulu.


2. Lepas dah goreng ayam, dalam kuali lain, masukkan minyak, lepastu masukkan butter.
3. Kemudian masukkan bawang dan cili.

4. Bila dah berbuih sikit, masukkan kuning telur masin tu. Gaul gaul sampai berbuih lagi.


5. Lepastu masukkan susu. Aku takde susu sejat, so guna susu cair. Banyak mana? Depends. Kalau nak berkuah, banyakkan la. Tapi kat kedai biasanya tak buat kuah pun.


6. Lepastu masukkan ayam yang dah digorang tadi. Emmmmdapnyeeeeeewwww\
Then season to taste lah.


7. Aku terlebihkan susu, so gini ler jadinya. 


Okey selamat mencuba. xx

Comments