Penang: Hard Rock Hotel & Golden Thai Restaurant

Hi! Assalamualaikum.

Okay kita kasi angin baru sikit dalam blog ni. Kita up sikit posts yang bermanfaat untuk aku & sape2 yg nak baca nanti. Muehehe.


Last week my parents datang. New version of parents. Hahaha k tak kelakar. So instead of tido kat rumah kitorang, diorang nak tido kat Hard Rock Hotel. Kitorang pun ikut sekali lah. Dua bilik la maksudnya. Masa pergi tu bulan puasa, weekdays, hari Rabu. Tak ramai Melayu, maybe sebab bulan puasa. Tapi Mat Saleh ramai.

Hard Rock Hotel ni jauh sikit dati night market Batu Feringghi tu. Hotel paling last rasanya kat area tu kalau masuk Feringgi ikut Gurney/Straits Quay. Hotel kat sebelah kanan. Aku tak pernah lagi jumpa hotel ni offer apa-apa kat Goupon ke apa. Sebab tu tak pernah nak pegi.



Tempat wajib ambik gambar bila pegi Hard Rock en.


Masa check in. 

Rupa-rupanya dekat Hard Rock ni bila kita check in, diorang akan serve minuman. Time aku pergi that day, diorang serve orang juice. Tapi tak minum la. Pose kan. Actually , they all dah booking awal-awal kat website. Ada 3 rook choices. Sea-view, Pool view dengan hill view. Booked hill view, murah sikit. So masa check in swipe card je. Bukan kad kredit aku la for sure hahaha. Costed Rm1000 for two rooms. Tapi upfront payment tu 1400 sekali dengan deposit Pergh. Kalau tak dengan parents, entah bila aku nak jejak sini.*nanges.

Diorang bagi card untuk lift & bilik, dan voucher untuk buffet buka puasa. Kalau ambik buffet sahaja rasanya RM88 per person, RM58 untuk budak. Rasanya la. Tengok sekali lalu je.




Kitorang duduk tingkat 2. Bilik cantik sangat. Very spacious.

Dalam toilet ada Elvis Presley. Disturbing la jugak masa mandi HAHAHA

View from our room. Kan kitorang request bilik hill view, tapi diorang baik hati bagi kitorang pool view + partial sea view. Alhamdulillah hihi.


Kitorang tak ambik connecting rooms sebab dah babis, so connect sendiri via balcony. Aku panjat je. Pedulik apa.

Lepas settle check in, tido sekejap sebab penat sangat, around 6 macam tu kitorang pegi Gurmey, shopping raya. Balik dari Gurney Plaza, elok-elok je azan Maghrib, terus masuk buffet. Hakeem tido, maka kitorang dapatlah makan tanpa sebarang kekecohan.









Macam takde orang kan? Memang pun. Sebab kitorang je Malay kot, selain staffs kat situ la. Lepastu, kitorang request dining room lain sebab dining room buffet tu panas dan bising sikit. So kitorang move ke room sebelah yang sejuk dan takde orang. Syok gila makan.

First time aku makan appetizer sedap gile. Nak nanges rasa makanan sedap sangat hahahahaha. Aku siap terjerit "Sedapnya!" automatically. Sia sia je kena gelak. Hahaha. I don't care.

Makanan memang banyak, tapi sebab lapar, tak koser aku nak snap. Ada satay, char kue teow. Oh, dia punya cheesy mashed potato sedap ya ampunnnnnnn. Nanti nak try buat sendiri. LEpastu ada appetizers banyak banyak, ada nasik lauk pauk Melayu, ada bubur lambuk, ada ikan bakar, pancakes, ice creams. Tapi aku makan tak banyak sangat. Sebab tu takleh bawak aku pegi buffet sebenaenya. Rugi. Hahah




Lepastu, for supper kitorang keluar area Feringghi. Main reason was nak makan lobster. So kitorang ke Golden Thai restaurant. Restaurant sebelah Starbucks Batu Feringghi dengan The Ship.

Macam-macam ada dalam tu. Boleh pilih nak makan apa. Pilih kat aquarium.




Spider Crab kalau tak silap. Scary je. Hakeem beriya nak masukkan tangan dalam ni. Sekali kena sepit, tercabut tangan baru tau.






Besat-besat lengan lobster dia.

Serious aku tak tau menatang apa ni. First time tengok. Nak makan pun aku tak lalu hahaha. Beratur je. Pegi sekolah kot depa ni.

Live Seabass. Seadrum & seaguitar takde? 
Tak kelakar la Min.





Ni Mory Eel. Ed cakap ni la electric eel. Ye ye je. Tapi kitorang tak ambik yang ni. Kang kena current pulak. Hahaha


Lepas order, duduk la kat meja paling dekat dengan pantai. Ambiance memang lawa kalau siang. Dah pergi malam, laut pun tak nampak. Tapi jadi la. Pastu kitorang tak jadi order lobster. Gila kau sekor RM400++. Ayah aku cakap kat Terengganu RM80 je sekor. Fuh. Takpe, nest time.

The meal. Banyak gila macam nak buka puasa lagi sekali >.<

Ikan pari masak pedas kot.

Ni personal favourite aku. Ketam goreng telur masin. Best.

Aku baru tau benda ni untuk basuh tangan. Nasib baik tak minum. Macam air teh limau pun ada -.-


Masa ni dah full gila. Tapi terpaksa habiskan semua sebab taknak mambazir. Membazir itu amalan shaitonnnnirrojim.

Balik ke hotel balik. 
Kat Cafe tu ada live band. Kalau single ke couple ke, aku masuk dah. Tapi aku tengah pegang baby, memang tak la. Mampu sing along kat luar je. Pastu bulan puasa sama. Macam tak berapa proper je. Hehehe. So ambik gamba je la ye.



Dekat entrance tu ada lampu lampu kat atas. Jakun sekejap.

Letak handphone kat lantai semata mata nak capture lampu tu =DDD

Dah pukul 1 lebih masa ni. Balik bilik, semua pengsan. Masa sahur, ada orang datang bagi makanan kat bilik. Ada kari daging, ayam gulai dengan sayur apa tah. Tak ambik gambar pun.

Then nak dekat tengahari, lepak kat pool sekejap. Mat saleh je la mandi. Aku nak sangat mandi, tapi takde masa. Sobs.

Seronok gila. Nyesal tak mandi. Pool dia tutup pukul 9 malam. 


Hakeem diam je dengan TokDad dia. Hihih


Nah setepek. Hahaha

Ada spa jugak.

Okay tu je gambar yang ada. Hehe. Roughly, hotel sangat best. 5 star kan? 
















Comments

Tok Dad n Tok Mum said…
Nice writing dear! Love it! HAHAHA! New version of parents!! Memang best our 2 days trip in Penang..shopping sampai ribu -riban!! Nasib 2 ari je! If not tak tau la brp abisss!! Plan for the next visit..Miss my Hakeem😙