Interview Lakonan & Pengarahan USM

Hi. :)

Tetibe tajuk lakonan pengarahan kan, padahal iols bukanlah pelakon ataupun pengarah youols. I was just a nerd scientist, who took Bioprocess Technology as my major in USM. Tapi jiwa seni itu membuak buak membuatkan iols ber-minor Seni di USM ujgak. Kahkah



So iols check nuffnang tadi, ada la some people yang google tajuk diatas, lalu sampai ke blog yang tak semenggah ini. Adik baru nak masuk USM ya? Nervous eh? Hiks.

Sebenarnya husband kakak yang major Seni (Acting & Directing) ni. So, mari kita cerita sikit tentang interview beliau suatu waktu dahulu. Wah gitu.

Okay, my hubter's name is Ed Shauffi. So beliau diterima untuk interview course diatas pada tahun 2009, I guess. Berbekalkan guitar, beliau pegi la interview tu. Ed ni boleh-lah main gitar sikit sikit. Hihi. So beliau telah meng-impresskan para penemuduga dengan lagu Cromok. Cmon la. Lagu Cromok yang gitar laju laju tu, kalau I tengok pun I jatuh hati uols HAHAHA ok lari topic.

Namun begitu, beliau ni tak reti baca togel togel yang klef treble apa jadah tu semua kan. So, beliau takleh la masuk course Music.



Oh yes, siapa penemuduga? Lecturers School Seni dan Zaibo, the actor. Kat USM, kita tak panggil buildings tu semua as fakulti/Faculty. Kita panggil Pusat Pengajian / School. Macam I, I budak School Industrial Technology. Ed pulak School Arts. Macam tu la.

Ok, sebab beliau tak reti baca note music, maka beliau di-offer untuk ambil course Lakonan & Pengarahan.

Interviewnya macam mana?

Biasa la, tanya sikit2 pasal pernah berlakon ke tak, pernah tengok teater ke tidak, ala, basic questions masa interview la. Tapi relax je ok. Takyah lelebih nak menjawab. Jawab dengan ringkas dan padat. Maybe you should Google how to impress interviewer as well. Heheh.

So, after that, Ed disuruh berlakon. First dia kena berlakon jadi Cikgu yang garang & penemuduga tu semua jadi anak anak muridnya. Well you should probably get ready untuk berlakon jugak la kan. Then, scene kedua, Ed disuruh berlakon jadi murid yang nakal. This one, kata beliau, memang punched la pasal dia ni memang budak nakal & suka ponteng sekolah. *Sigh.

Lepastu, Ed disuruh untuk menari. Penemuduga pasang lagu Mak Yong rasanya. Tapi si Ed Shauffi ni samalah ertinya dengan kayu. Tiadalah beliau dapat menari Mak Yong hahaha. Tapi beriya mengajar aku menari masa nak mengorat kihkih itu cerita lain.

Kata Zaibo, dia menari macam jerangkung KAHKAHKAH

Lepastu beliau pun balik la Sepang, eh, Pahang, eh? Awak balik mana ye Ed? kikiki *Inside joke


Then, dua minggu selepas tu (rasanya la), beliau dapat offer masuk USM by letter, dengan course Lakonan & Pengarahan.  Tu saja.


Kalau dapat course tu, memang best. Sebab seronok acting hihi. Tapi, banyak drama la. Biasala, semua nak jadi retissss kannn.


Macam mana I jadi saintis tanak tanya? Hihi ok takmo sudah.

Good luck pretty boys & girls. xoxo
Kalau dapat bagitau la okey ;)