#EdHakeem

He was 3/4 moths old in this picture

I rarely update my blog nowadays. Kekangan masa and all. Biasalah dah ada baby yang lasak masyaAllah. 
For pictures, hit my instagram @aimyasminx okay.

Ed Hakeem.

My currently 9 months old son-shine. 

My joy, my everything, as cliche as it sounds, yes he is. 


I noticed he was there in my tummy masa I worked in Wadi Sofia International School. Masa tu tak rasa mual ke, pening ke apa lagi pun. Tak rasa apa-apa. Tapi macam ada instinct yang terasa I was carrying satu lagi nafas in me. 

So, pregnancy test memang dah ada dalam simpanan. Tried it and memang clear the line. Positive. I told Ed, tapi dia macam tak percaya. Dia memang betul tak percaya ni. I suruh bawak pergi klinik, dia taknak bawak. Geez.

So I paksa paksa jugak, dia pun okay la. Pergi la klinik jugak kan. So memang betul lah. Masa tu dah 5 weeks. I seriously felt nothing. Rasa excited, tapi sikit la. More to takut. Ready ke aku nak jadi ibu? To have somebody calling me Mommy? To feed a little human being later on? hewwwwwwwwwww

Then the sickness tagged along. 

Ya Allah masa tu rasa nak duduk rumah je taknak pergi kerja. Seriously. Mula-mula pening. Pening yang sesungguhnya pening takleh nak cakap. Pening yang sampai menangis nangis. Lepastu muntah. Makan, muntah. Makan, muntah. Bau minyak, muntah. Bau asap, muntah. Bau orang masak, muntah. Bau badan Ed, muntah jugak. Sakit oo. Muntah adalah antara perkara yang paling aku benci. Last aku muntah, seingat aku masa Darjah 5. Habis keluar semua makanan. Memang perit. Tapi that time, muntah tu macam bernafas. Kejap-kejap bilik air. I was a teacher. Can you imagine aku tahan rasa nak muntah tu masa mengajar. Muka pucat lesi. Kadang-kadang kelas belum habis aku dah dismiss. Berlari pergi jamban. Keluar tandas, terduduk pulak sebab penat sangat. Penat wei serius tak tipu.


Masa rehat, mula-mula ok lagi. One thing pasal international school ni, students adalah bukan orang Malaysia. So the only halal thing yang ada adalah ayam. Jadi, hari-hari kitorang hadap ayam ayam ayam. Harini tomyam ayam, esok ayam masak kicap, lusa ayam pedas, tulat nasi ayam. Dan seterusnya macam tu lah. Boleh bayangkan tak, aku dengan Ed, lepas resign, tak boleh makan ayam dekat 2,3 bulan. Mual je rasa tengok ayam. 

Then aku pulak, lepas makan nasi, usually masa lunch, terus jalan balik rumah dengan Ed. Mind you weols were wardens jugak masa tu. So rumah dalam sekolah. Otw ke rumah ru perut dah menggila. Masuk rumah, jamban dulu yang aku terjah. Macamtu lah hidup sampai umur Hakeem dah 4 bulan lebih dalam perut. 

Pembawakan budak yang aku terkena lagi, yang agak pelik, aku takleh tengok benda bercahaya. Lampu kereta, skrin laptop, skrin handphone, memang tak boleh. Kalau tak, heh, muntah. Sebab tu aku rasa ada sekali dua je aku tweet atau blog atau facebook atau insta dalam masa 4-5 bulan tu. 

Lepastu, cengeng. Sikit-sikit menangis. Pening, nangis. Adik aku tak bagi minum coke, nangis. Tak dapat makan, nangis. Muntah, nangis. Baca Quran, tapi nafas tak dan, nangis. Rasa macam nak hentak diri sendiri je masa tu. Itu masa first trimester. Second and third trimester, aku adalah manusia paling tahan lasak. Heh. Tanya Ed Shauffi pasal ni. 

Aku tahan semua benda. I carried a lot of things on my back. I carried everything. Masa tu memang sedih, memang ralat, memang rasa give up. If you were in my place masa tu, I don't know. That was completely a different me. Not so different, tapi gagahnya aku masa tu, I, myself was amazed dengan kekuatan aku. 

Tapi typical Yasmin. Harini kau buat aku, esok lusa atau minggu depan aku dah okay. Heh.

Masa tu, aku tak tipu. Memang susah. Aku boleh menangis kalau cerita balik satu persatu yang aku dengan Ed lalui masa tu. Kawan yang aku ingat kawan, konon kawan dari kecik, konon ada related bersaudara, sanggup jadi batu api dalam diam. Ya, tak menghasut, tapi meretakkan. Itu baru kawan. Yang saudara sendiri? Haaa aku nak gelak pun ada. Baru tau ok siapa ada masa susah senang. Baru tau. 

I seriously allergic to bullshit sampai sekarang. 

Tapi Tuhan tu Maha Adil. 

Masa kena admit, Doc cakap aku kuat. In a minute, contraction aku banyak dan lama. Tak ingat la berapa count dia. Then masa nak deliver Hakeem, I didn't feel a single pain. Langsung. Takde. Post deliver pun sama. Sebab tu people saw me wearing jeans all that masa pantang. Sebab I was completely okay. Ada la little bit yang terasa sakit, tapi boleh kira la berapa kali. I guess, sebab my life was too rough masa mengandungkan Hakeem. So Dia bagi aku magic, bagi aku kekuatan untuk hijabkan rasa sakit tu waktu yang dikatakan seperti tulang dipatah-patahkan dan sakit yang paling sakit dalam dunia, itu aku tak rasa, Maybe. Maybe. Aku yakin.

:)

At 25 years old, I became a mother, to a very beautiful son.