How I Met Your Father (S8)

Mind set kitorang ni memang nak nikah dalam masa 3 bulan. Haaa.

Ed talked to his parents, and they are gile sporting. I mean, bukanla sporting huha huha macam tu. Diroang sangat supportive, dan sangat berserah kepada takdir. Macam, takde salah atau betul. Niatnya macam mana. Itu yang diorang pentingkan. Couldnt ask for better mertua-s.

But.

My side? Hahahah HORROR. SCARY MOVIE. PARANORMAL.

Susah baqhangggggggggg. Dahlah mak kat keyell, bapaku di kelante. Nak buek macam mano?

Yang disana dah okey, disini pulak tak okey. Pujuk lagi. Sini okey, sana pulak bikin stress. Menangis wa cakap lu. Yelah . Mak ayah ni, nak yang terbaik untuk diorang punya anak. I know. Problem bertambah apabila ex boyfriend datang balik, dengan segala mak nenek hadiah yang diberikan satu ketika dahulu. Dan bestfriends tidak menyebelahi keputusan aku. Kata mereka, aku dah hancurkan hati yang sayang aku. ok. Serious cakap, hidup kita, kita je tau. Kita sahaja yg tau apa kita buat, apa kita hadap. So, respect la keputusan orang. I was completely alone, takde support. Cuma solat hajat, mintak dilembutkan hati-hati yang keras.

Aku first time bagitau Abah nak kawen, masa tengha tengok TV. Aku makan buah dokong. Menggigil ok. I said, "Abah, along ada kenal dengan budak ni. Kawan USM.. Dia baik, dia selalu teman along.. Kalau boleh, kitorang nak ikat dulu..."
Gigil gigil pun. Gagahkan diri jugak hahaha. Sampai sakit perut aku telan dokong tu. Abah diam dulu mula-mula. Lepastu abah nak jumpa dia. Haaaa. Masa jumpa relax je. Sembang2.. Ed pun buat2 cool je. Kahkah. Kelako.

Tapi lepas tu, dugaan omaigadddddddd, banyak. Tak perlu la nak cerita detail kot. Rasa la kan sikit sorang..

Dua kali rasanya parents Ed datang jumpa abah aku. Kira macam merisik camtu la. Unnecessary pun sebenarnya.

But one day, abah cakap. "Abah wali along.. Abah bagi kawen. Prepare la apa yg patut."

Melompat la aku. Terus call sepupu sepapat, set tarikh nikah 8 September 2012. Hari Sabtu. Sebab Ahad tu kitorang kena balik Penang dah. Masuk semester baru dah..

Kursus kahwin settle, borang2 semua Ed yang settlekan. Aku tak ambik tau pun. Dia cakap dia nak uruskan semua, so baguslah kan. Takyah aku pening2 kepala hahaha.