verra ngan

Kat rumah. atas sofa. Dua pagi. Aku online. Dia main game.

I was on tumblr, saw a picture of cupcakes and I said~

"You, saya nak bukak satu kedai la." Start berangan. Mata pandang atas. "Kedai saya luas sangat. Lepastu ada dua bahagian. Satu bahagian tempat makanan. Ada cupcakes comel sangat."

"Hmm ok, ok" wah semangat ni suami bagi support. Padahal verangan je pun.

"Lepastu ada baju-baju banyakkkkk sangat.. Ada cermin besar-besar.... Ada lampu......"

"Mesti kena ada lampu. Kalau tak macam mana orang nak nampak kan."

"Hishhh. Bukan macam tu. Lampu yang besar besar macam orang kaya punya lampu tu.... Kat mana eh bole bukak kedai macamtu and ramai orang datang? Hmmmmmmmm"

Silence. Dia still main game. Ok fine I dont care. I tengah berangan.

"Lepastu pekerja saya ramai. Eh tak ramai sangat lah. Tapi ada dua orang kat bahagian cake tu.. Kena pakai apron pink. Semua kena pakai tudung! Comel....... :)."

He chuckles.

"Yang jaga tempat baju pulak.... " I continued. "Hmmm kena pakai high heels... Perghhhhh."

"Pakai seluar dalam tak?" Tiba-tiba dia bersuara.

Kelu sekejap.

"Awak tak payah datang kedai saya."

Ngeri betul soalan.