me plus you


Mesti uols pernah dengar kan, "eh muka nak sama la. Orang cakap muka sama ni ada jodoh.." or, "eh korang ni macam adik beradik, muka ada iras, tak macam boypreng gepreng ponggg. Sweet je. Jodoh panjang ni."

Kan kan.Yo yo ooo je korang.

Tapi aku dengan Ed jauh benar bezanya. zzz.

Kening aku cantum. Ed tak.
Mata aku besar. Mata Ed sepet.
Hidung aku MANCUNG. Hidung Ed tak. HAHAHA
Mulut aku errr, comel. Ed, erm tak.
Dagu aku berlekuk macam Siti Nurhaliza, tapi tak nampak sangat aaa. Hahahah. Dagu Ed tak.
Ed macam cina, aku macam erm. Korea? hahahaha.
Ed putih ohhhhh. Aku? Tak. Tsk. T____T
Rambut Ed perang, rambut aku, hitam keperangan. Nak jugak kannn. Hambek laa.

Selama kenal ni, baru sorang cakap muka ada iras. Adilin. Tu pun sebab Lin tengok gambar kat twitter. Kalau tengok depan-depan memang tak sama pongg. wuwuwu.

Tapi takpe. Sama ke tak sama ke, dah berjodoh dah pun. Ahahaha. So jodoh berdasarkan iras wajah itu tidak boleh diterima, Yang Arif. Sekian bebelan malam ini.