sedar


tak usahlah kecah dengan pelbagai sindiran dan tuding2 sesama lelaki dan perempuan dalam situasi hantaran tinggi mengikut kertas kualifikasi.

yang pergi ngok ikut statistik siapa suruh?

korang yang nak kawen--
apa sibuk cakap orang?

nak puaskan hati orang satu hari.
sepanjang hidup bertekak hutang laki-bini.
buat apa?


orang mampu-- biar dia mampu.
jangan la marah.
dah dia ada duit nak tanggung semua itu.

yang kita orang biasa2--
jangan la dengki busuk hati.

orang sewa baju pengantin ribu2--
nak juga.
walhal baju sepasang boleh makan sebulan.
tak ke bodoh tu?

harta orang--
biar la dia.

kita ni--
sedar diri.


kredit: fynn jamal

Comments