dah

Emosi aku sentiasa tak stabil bila waktu tu datang. Tapi bulan ini adalah yang worst ever. Emo tak pasal2, lepastu kejap2 nangis tiba tiba. Lepastu merewang fikir bukan-bukan. Lepastu oke kejap, gelak2 sembang2 semua, then senyap, lepastu emo balik. Blergh menyampahnya kalau aku duduk dengan aku sendiri hari-hari. Mengada-ngada!

Masuk harini dah 3 hari mood aku sway gilavavi. Starting dengan budak2 yang tak dengar cakap omg aku rasa nak tembak kepala sendiri. Sekali aku panjat kerusi cikgu, aku berdiri. Ha baru diorang dengar sebab tak penah2 kot cikgu diorang panjat kerusi? Aku je cikgu gila kot? Kot? Entah.

Dan dua hari selepas tu, banyak pulak dah kenangan2 tetibe datang. Mimpi la kertas la buku la surat la novel la macam macam lahhh. Tambah pulak dengan otak aku yang suka reka cerita sendiri, lepastu kaitkan macamtu macamni. Eh drama betul aku ni.

Last2 sorang2 jadi gila, jadi sewel.

Sakit perut ni. Kaki luka, sakit gigi, sakit hidung, penat + mengantuk semua lah. Complete set baq hang.


Comments