Boneka

Dulu bertatih pandang belakang
Takut jatuh, tapi diteruskan
Nista kata sebati di telinga
Diam-diam. Tak nak dicela didera

Bosan juga hidup bersangkar
Cuba lari tapi tak terkejar
Berpatah balik takutkan kegelapan
Anggap itu satu saja sinar dalam terang benderang

Buta.


Lepas. Lepas semua sekali
Baru lega rasa hati, rasa adil pada diri sendiri
Katalah apa nak kata, sepatu ini aku punya
Rambut pun lain, apa lagi hati masing-masing


Boneka sangat.


Adatlah. Permainan mata bermain hati
Dulu dia mangsa sekarang dia yang memangsa
Diratah lapah hati yang bertaburan
Sebab dia pun dah tak punya perasaan


Kekok amat dah ni. Bisu saja lah. Bisu. Membisu.

Comments