no pictures. long ramblings.

3.21 a.m

Nice timing. Hiks. Kinda late already. Not kinda lagi dah, memang dah lewat for me, still stay up during this hour. Tapi my biology clock dah macam saiko. Sekejap tidur awal sekejap tidur lewat. Oh mind you esok I ada test. Tapi chill je sebab test teater. My lines semua dah hafal siap dengan  mimik muka lagi I tell you. Sekejap jadi isteri mithali, kejap jadi isteri yang cemas, sekejap kadi pembenci. Ada offer berlakon? Tak dengan Aaron Aziz, dengan Matsujun pun bolehhhh.

Anyway, sikit update for my life right now. (Cakap macam ada orang nak tau je) Of course lah. Kalau tak takkan awak bukak belog saya kan? Ahaha.

OKAYLAHHHH. I'm engaged. ... to McDonald's.

Ha. I work again sebab macam bosan tak tau nak buat apa. (THESIS KAUUU???) Sebelum kerja ni, kalau tak tidur atau makan, aku akan tengok Running Man. Kalau tak pun, aku tengok Vampire Diaries. Memang habiskan boreh je aku ni. Daripada aku habiskan boreh, baik aku carik duit nak beli boreh tersebut. Tak gitu?

So this new place is awesome. Why?

First, masuk kerja, geng dah ada. Sebab 3 of my classmates memang dah ada kerja kat sana. So, I just joined the gang lah.Takde masalah nak blend in ke apa, sebab memang dah ada kawan so takdelah awkward sangat. Managers are superb. Menegur dengan sangat berhikmah okay. Contoh haritu second day kerja I was given the counter to handle. Memang tak pernah kerja McD, tapi berpengalaman jaga tiket dekat GSC, so senang adapt with that kind of job. Just tak reti lagi nak buat some things. Then this one Chinese lady, the manager lah, panggil masuk office kejap. She said "Okay Yasmin, I tak marah you tau. I just nak bagitau je. You did a good job. Tak ramai budak baru pandai bukak kaunter terus. I dengar you greet, you ada senyum. Good. Tapi, if tak ada runner, you kena buat macam ni. Blablabla and one more bla bla bla. I tak marah okay? No, don't say sorry. I just nak bagi you lagi perfect."
What I meant was, teguran dia and ajaran dia sangat best didengar sebab she started with some compliments which is very important if you're a leader. People will respect you kalau you ada this kind of manners in talking to people. Tips for the leaders who'a reading. Jyeahhhhhh Yasmin bagi tips tau sekarang. Blergh.

Second. They give you the chance to shine. At least for me they did. They give you time to learn. They let you get used to the working environment and they let you to get used in handling the stress especially masa crowd. They trust you. I've worked at some places before. One of the places, don't want to mention which one, orang atasan just pushed you away when you tak tau buat kerja. I mean, c'mon lah dude. I baru masuk kerja sehari kot. Takkanlah terus pandai nak prepare this, prepare that. Memang orang tengah ramai beratur, tapi kalau tak biasakan diri dengan that kind of condition, macam mana aku nak pandai kan? You started working pun like me jugak. Give your staffs some time lah to adapt, to learn. And I get this chance dekat McD sini. Don't know tempat lain, tapi kat sini you will.

Third. Work work work. Penat, memang. Kerja apa tak penat kan. Tapi penat yang ini tak terasa sangat sebab all the time ada kerja. Especially kalau kerja time lunch and dinner time. Memang packed lah. Dahlah McD tu adalah the second one in Malaysia yang sales nya, very good. Dengar cerita lah. Tak tau kesahihannya. Macam tadi, I punched in pukul 5 petang. Mula mula jadi runner and lap lap sikit tray yang tak bersih. Then masuk dinner hour, manager suruh pegang POS. Jaga kaunter lah. Layan customer, ambik order semua. Sekali tengok jam, EH? Dah 10.15? Wallah.

Fouth. Of course makan free. Untuk orang gila McD macam aku, memang legendary lah. Tetiba legendary. Today boleh makan any kind of food sebab today's Sunday. I should mintak ayam goreng tadi instead of McDeluxe. Tapi manager sangat nak cepat punch makanan aku sebab customer duk tunggu, so I just said apa yang aku nampak dulu. McDeluxe, cold Milo and medium fries it was. Kenyang jugak. Alhamdulillah...

Yang tak best, aku punya waktu tidur dah terabur. Sekarang pun still tanak lelap lagi. Sekarang paling lama tidur pun 4 jam. Style tak? STYLE OKAY.

Okaydahlah. Saja bosan bosan, tulis entry baru. Nak tulis pasal Masquerade dinner yang ohsem angatt actually. Tapi tsk, aku takde camera canggih. Gambar aku semua dalam memory card orang lain. So terpaksa tunggu la dahulu. Baiklah. Mohon beradu sebentar. Salam:)

Comments

Farralyn Lyn said…
Hey k.min! ;) keja mcd mana?
nuraimyasmin said…
Heyyy Lynn~! :) kmin keje kat Greenlane. Awesome. Jom sama! :D btw, lyn punya blog tadapat comment lah. Comment box ta kelua..
Farralyn Lyn said…
tuulaa..kawan lyn pun ckp cmtuu xleyy comment. Hehe..cmni after school lyn g jumpa kak min laa.. Haha..