My normal stupidity

Aishh tengok blog member member sekarang, semua macam dah bersedia nak berumah tangga. Sorang demi sorang dah mula ada that female instinct, how to say, i don't know how to say it, but clearly, I can see the positive changes around me.

One by one dah terpengaruh antara satu sama lain untuk jahit baju sendiri, which is, very good. And sorang budak bajet macho ini, sudahpun pandai masak and tastes marvelous. I love her rendang ayam. Sedap. I don't have a chance nak memasak tsk. Teringin nak buat cupcakes tetiba.

Anyway, nak dijadikan cerita harini... Today Isnin kan. Setiap Isnin and Selasa, aku ada kelas teater. Actually, kelas hari Isnin pukul 2 sampai 4. Hari Selasa, pukul 11 sampai 1.. Dan, hari Isnin ada dua kelas sebelum kelas teater tu which is pukul 11 sampai 12. Dan another one pukul 12 sampai 1. Get it?
See, selalunya aku set otak kepada kelas teater lah kan sebab kelas favorite. Yang I always fikir, before kelas teater hari Isnin, akan ada dua kelas. Just fikir dua kelas, bukan fikir pukul berapa, paham tak? AISHHH aku pun dah pening.

So nak dijadikan cerita. Dari semalam aku duk fikir pasal teater, dan otak aku set kan bahawa teater pada hari Isnin adalah pukul 11 padahal sebenarnya pukul 2. Ok? Then, sebab semalam tak dapat tidur sebab I got nightmares, itu cerita lain, so aku bangun pukul 10.15 pagi tadi. Bangun bangun je dah fikir. "Shit. Tak pergi kelas pagi ni." Because, bila aku fikir teater pukul 11, aku automatic fikir the first class start pukul 9 sampai 10. Next class pukul 10 sampai 11 and teater pukul 11 sampai 1. Faham tak? Huahahah. Jadi dengan malasnya aku bangun mandi dan bergerak ke kelas teater kat Panggung Sasaran. Tapi eh? Takde selipar bebudak ni pun. Motosikal diorang pun takde. Kemudian aku move ke Pelenggang Cahaya pulak. On the way tu, jumpa Dr. M, lecturer yang mengajar teater kan. I tanya "Dokter, kelas kat Pelenggang ke?" She said "Yes yes. Kat Pelenggang." Dengan cool, aku masuk into that room. I saw a group of people tengah mengajar budak budak sekolah rendah kelainan upaya, menari atas kerusi roda. Ada another group kat situ macam students, tapi ramai Chinese. Kelas aku tak ramai Chinese. Rasa something's wrong, I assumed tak ada kelas. Habis aku maki bebudak group, apesal tak bagitau kelas cancel??! Hahah.

Then aku balik bilik, nak pegi lab sebenanye, tapi landing atas katil jap. Tengah bermalas malasan atas katil, Rat called tanya pergi kelas ke tak? I said tak lah kan. Kelas pukul 9 tadi, apesal baru call pukul 11.40? She said, oh ingatkan pergi. Ingat nak suruh sign kan. ERR? Then it hit me. Baru teringat, esok pun teater pukul 11. So harini sepatutnya teater waktu lain. Gahhh. Baru everything went clear. First class pukul 11, bukan pukul 9. Jadi aku dengan bodohnya telah mentertawakan diri sendiri. I'm so stupid.

Tu lah ceritanya. Hahahah aku nak cerita, tapi tak tau nak cerita kat sape. So kat sini lah aku cerita ye. Muahahah. ByeX

Comments