kenangan bersamamu kasih~

Alahai title... Pang nak?


Hehehe I know I know.

Three entries in one day. Takde life betul aku ni. Hewhew.


Anyway, menulis lagi sekali pada 15haribulantiga ini adalah kerana ... sesaje. Eheh.

Tadi as usual lah kan, bukak facebook. Tengok member2 sekolah punya pictures. Yang gedempol dah jadi langsing, yang kurus makin cantik, yang comel bertambah cun.

Dihitung-hitung, dah hampir enam tahun sekolah ditinggalkan. Ada yang dah beranak dua. Ada yang baru selamat dinikahkan. Yang tetiba couple balik pun ada, after six years. Yang meninggal pun ada, innalillahiwainnailaihiroji'un, yang dah kerja, yang dah semuaaaa lah.

Haih.


Seronok bila ingatkan balik zaman-zaman sekolah. Nakal naif gaduh nangis benda biasa. Lagi-lagi sebab sekolah asrama penuh. Hubungan tu rapat gila. Macam adik beradik. Setiap masa jumpa, macam satu famili besar.

Rindu.

Rindu kenangan tu semua. Kenangan zaman sekolah. :)

Bilalah boleh reunion semua sekali dapat berkumpul. Mesti best. Lagi lagi bila ternampak crush zaman zaman dulu. OOPS. Hahaha babai.

X

Comments