Go ahead, make my day.

Dari tingkat empat, ke tingkat satu, ke tingkat dua pulak. Harini penat angkat barang dari tingkat satu ke tingkat dua, bilik baru for this new semester. Actually ada lagi barang kat tingkat empat, simpan kat situ sebab I assumed akan dapat bilik yang sama for the whole sidang. Turns out, nama aku berada di tingkat dua. Alhamdulillah, tak payah aku bersusah payah mendaki tangga yang curam macam Everest lagi. Tsk.

Tengok kat papan kenyataan tu, sepatutnya aku digandingkan dengan seorang perempuan berbangsa India sebagai roomate baru. Tapi, bila aku masuk tadi, orangnye takde. Tapi ada tudung labuh tergantung kat dinding. Kain semayang pun ada tergantung. Al-Quran pun ada elok terletak atas meja dia. India masuk Islam ke? Beliau belum pulang ke bilik, so belum ada clue untuk figure out siapa dia sebenarnya. Wah gitew macam Sherlock Holmes nak pegi menyiasat.

Sebenarnya aku lapar. Tapi aku tak keluar makan sebab ada buah pauh mempelam dalam bilik. Tapi sayangggg beliau masam. Aku anti makanan masam. Nanti muka aku herot berot macam orang nak bersalin. Oh ye? Entah.


Oh ye. Tadi aku dah setel menggunting kain untuk buat blouse. Dah siap letak dalam plastic bag, nak bawak kat tailor untuk jahit tepi. ;;) Thank you mother, sebab poskan mesin jahit. Hee. Let's see macam mana aku kerjakan kain tu nanti. First trial nih, in making blouse, I mean. Baju kurung pun, dah berapa tahun aku tinggal. Baru nak sentuh mesin balik.

Well then. Have a good day everyone. Peace out. X

Comments