dear exams...


Ini cerita dua hari lepas. Cerita 17 Januari haritu.

Aku tulis ni pun sebab aku mengantuk yang amat. I have to study this theater thingy. Siap ada 3 tin Livita honey, Red Bull and nescafe depan aku ni. Tapi still mengantuk jugak. Duh. So, online lah sikijap.

Haritu aku beriya betul canang satu dunia yang aku exam subjek teater tu on the 17th. Siap cakap kat Nabilah, ala belum study lagi macam mane nak exam ni blablabla lepastu tak insaf jugak. Layan jugak How I Met Your Mother sampai berapa season entah.

16 haribulan tu, aku stay up. Bebetul nak study ni lah kononnye. Bukak notes dalam laptop. Ok, baca baca baca baczzzzzzz zzzzz. Pukul 2 aku dah lelap. Lepastu pukul 6 tersedar, tu pun nasib baik Juna call. Kalau tak memang aku tido sampai pukul 9 kot. Tapi still ngantok lagi. Snooze snooze jam, last2 pukul 7 aku bangun mandi semua. Hadap laptop balik. 2 hours before exam, aku pulun setakat yang mampu. Time tu lah baru nak kenal sejarah teater, Antonin Artaud, Boal, dengan Bracht semua tu kan. Memang macam nak menangis sebab aku rasa aku agak prepare untuk final this time. Tapi sebab teater ni je, aku tanak result slack pulak. wuwuwuw padahal favorite subject kan.

Dengan tawakal menggunung, aku pegi dewan exam dengan mata bengkak macam panda. Lewat 15 minit sebab membaca punya pasal. Tapi takpe. Sampai sana, ada dua pengawas exam kat depan exam hall. Aku carik number IC, takde. Eh? Pastu sorang pengawas datang, tanya nombor angka giliran. Aku carik, takde. Alamak. Dia carik pun takde. Oh gosh aku dah cuak. Lepastu aku tunjuk slip exam. Dewan dah betul kan? Lepastu uncle tu cakap, ni mesti ada something wrong somewhere. Tilik punya tilik, dia cakap "Dik, adik salah tarikh ni....." Huh? Impossible. "Exam ni on the 19th!" Lepastu aku tanya, "harini brape haribulan" "Harini 17 kan? Cuba check phone."

Aah la. 17 Januari. Exam tu on the 19th. Homaigodddddd. Aku lega sampai gelak keluar air mata. Time tu aku rasa Tuhan sayang gila kat aku. Hahaha Alhamdulillah.... Tegelak-gelak aku balik bilik. Macam orang gila pun ada. =D

So tonight lah aku bersengkang mata study balik everything. Lord, lend me some strength. Well have a goodnight peeps. Nak sambung study. :) Hope esok tak silap dewan pulaks. Bubui. :D

And just a little reminder, for myself. Might as well be useful to you. ;)

Comments