What does it take, actually?


Berapa ribu sebenarnya untuk nikah? Lima ribu? Lapan ribu? Dua puluh ribu? Or just hundreds? Will it take millions?No no. Bukan tanye sebab dah miang gatal sangat nak kawen. Bukan jugak soalan main-main. I'm talking serious. :| See my serious face?

Tadi aku bbm dengan an old friend from school. Dia cerita, hari-hari dia dating dengan boyfriend dia. Shopping sama-sama, jalan-jalan sama-sama, makan of course lah sama-sama, buat assignment pun sama-sama. My friend ni student UIA, and her boyfriend dah ada kerja tetap yang bagus, kira macam boleh la tanggung hidup dia ni. Plan, nak kawen awal tahun 2012.. Tapi biasalah, family tak approve. Parents belah pompuan suruh tunggu sampai raya puasa taun depan. Yang belah lelaki pulak, tak bagi nikah gantung. So kena buat besar-besaran jugak la ni.


She told me just now, dia baru lepas kena 'basuh' dengan kawan2 dia kat UIA tu. Diorang brainwash betul2 bagi dia sedar sikit, siap suruh nikah gantung lagi. Bagus betul. I told her, you're very lucky to have them. Diorang tanak you lalai, I said. Take it from the bright side. Lagipun you pikul nama Universiti ISLAM Antarabangsa. It's a huge responsibility you know. She agreed. Then I told her, I pun dah macam penat. Bukan penat ape pun, penat mengharap and penat sebab tau I'm making the same sins every single day. Padahal aku belajar agama, aku duduk dengan Pak Long jugak masa kecik, aku bergaul dengan orang-orang jemaah. Aku agak terdidik sebenarnya dengan semua ni. Aku tau, even rindu rindu pun zina hati. Tapi, heh mesti ada tapi, tak tau kenapa tak boleh ikut jalan yang betul tu.

Talking to her made me realized, I'm freaking exhausted. You get what I mean. And I'm afraid, macam mana kalau belajar pun tak berkat? Lalai, distracted dengan these kind of things. It's silly. But at least, dia insyaAllah nikah raya tahun depan? Aku? :')

Aku tau aku boleh je kalau nak kawen sekarang. My father mampu nak tanggung semua. Tapi I promised myself, I won't use my family's money for my marriage. Tapi dengan keadaan hidup aku sekarang, dengan belanja boros, dengan nak dapatkan semua benda yang aku nak, the latest gadgets, the coolest stuff, takkan aku mampu. Huh. And I always think about Father jugak. Takkan dia approve nak buat majlis kecil-kecilan. I'm his first child, the very first daughter, takkan dia nak simple-simple. I don't hope for that incredible wedding or something. I just want it to be nice, simple and memorable. Just enough for akad nikah, makan-makan, and photoshoot. Oh photoshoot itu wajib. :3

The problem is today, kita terlalu ikutkan apa pandangan orang. Nak nikah gantung, NANTI orang cakap benda tak elok pasal kita. Nikah ringkas-ringkas, NANTI orang cakap macamtu macamni. Nikah cepat-cepat, NANTI orang cakap nak sorok something. Gosh. People will always talk. They won't stop! For God's sake, diorang ke yang bayar mas kawen, hantaran kau?

Whatever.

Angan-angan yang tenggelam.

Have a good night. x

Comments

nuraimyasmin said…
doa dalam setiap solat. :')