The weekend

Hmmmmm

Kan da cakap. Tak study jugak harini Y_______Y

Mula-mula aku bukak Tumblr, lepastu Facebook, lepastu aku bukak macam2 benda merapu, tengok profile orang itu orang ini orang utan. Sampailah Zohor.

makin ramai orang yang masuk solat, lepastu aku insaf sekejap. Aku ni keluar bilik sebab nak study kan. Lantas aku pun bukak la elearning, dan download segala macam mak nenek lecture notes yang ada. Dah download, aku malas bace dalam laptop pulak. Sakit mata tenung screen laptop lama2. Ohh yang kau hadap dari pagi tadi tu takpe pulak? Time nak baca nota je mula sakit mata yeee? takpe takpe. Dengan itu aku telah berazam untuk pegi print nota2 ni semua nanti.

Well jadi sekarang, mari kita cerita apa aku buat kat Kelantan minggu lepas. Hehe cerita minggu lepas, tapi belum basi sebab aku still ingat tauu. (;

Weekend lepas, aku date dengan Halwani. My close friend since primary school. Aku kenal dia masa umur 7 tahun, since Darjah 1. Been best friends ever since. 1 Merah, 2-6 Putih. Nama kelas tu. Highschool pun sama, kat sekolah agama sampai lepas Form 4, aku dapat offer ke SBP. Wani tukar sekolah Zainab.

So kitorang decide untuk makan kat Noodle Station dalam KB Mall. Chicken Chop dia besaaaa dan air dia tinggiii dan ofkos, sedap. slurp.

Ape ntah name air ni. Dah lupa.

And this is the beautiful Wani. Yang kanan, ehem. Takla yang kiri tu T_T

Dari sekolah memang lawa. Aku post gambar ni kat Fb, pakat semua nak berkenalan kan. Fine la wei FINE. Tp aku tak suke gamba ni sebab aku nampak gemuk gile disamping beliau. Aku ukur saiz paha pun, tsk. aku punya double cheeseburger. Tak aci.

But then terpaksa balik awal sebab Abah nak guna kereta. Kejap je kot jumpa. Tak sampai 2 jam pun kan? Hm. The next day, aku bangun pagi, sebab nak ikut Juna pegi pertandingan kucing. Lama kot kat situ. Penat aku. Habiskan masa tengok budak2 mewarna je. Ade sorang budak ni style kot. Siap bawak meja sendiri, pensel warna sendiri. Aku tak tengok siapa yg menang .Tapi aku rasa budak ni mesti menang punye. Baru 10 tahun.

Nampak kucing yang dia warna tu? Cantik.

Yang best, Oyen yang manja ikut sekali. Dah la besa. Cam nak buat bantal pelok je. Oyen tak dapat number pape, tapi menang as pilihan Pengarah mane tah.

INILA OYEN :DD

Ni ada some other cats' pictures :)



Yang ni dah tak nampak muka dah. negro kot? muehehe


Macam Garfield geram!

I'm holding Oyen.

Aku tersengeh seperti kera sumbang tu sebab ade bebudak pompuan lalu, semua jerit waaaaa besaanyeeee. Hoho aku pun sengih, konon macam kucing aku la ni. heheh i wish.

Otw balik. Baik je budak ni.

Ni Cheq, adik Oyen. Terus datang kat Oyen, macam greetings gitu right after aku letak Oyen kat bawah :') Aku ingat nak kacuk dengan Justin lah.

Hah. Besa tak?

Lepastu aku gatal pegi ikut Juna tengok belut yang dia umpan haritu. Umpan tak mengena huahuahua. Cuba kalau betul2 ada belut? Terkinja-kinja aku melompat. Bukan sebab gembira, tapi sebab ketakutan dan kegelian. Gedik.

Sebab belut takde, maka diorang pegi tangkap ikan sepat pulak. Ikan sepat ke eh? Entah. Aku main masak2, kawen2, cikgu2 time kecik. Juna ni main tangkap2 ikan kot. Nak ikut pegi memancing tak bagi hmmph


Acah bersemangat. =D

Aku suke gamba ni hihihi

Dah habis cerita. Dah pukul 3.18 petang dah pun. Aku belum lunch lagi. Mc Value Lunch dah habis tsk. Kelaparan. Rasa nak makan Laksa Penang.

Dak kecik. MISHYEWW T___T


Comments

FarhanaLicious said…
gila comel si oyen tu. hish! hish! hish!