Make a difference

HAH!

Know what? Dari start December aku dah kalut nak study. Bagus kan? I know. Tetapi harammmm langsung aku tak sentuh pape lagi. Semalam je la kot bace sepam pasal Teater Greek. Teater jugak yang aku bace. Bukannye Bioprocess Optimization bla bla bla, tajuk subjek pun aku tak tau.


Korang tau ape tu? Itu adelah sebuah panggung teater di Athens. Nama beliau adalah Dionysus. HOHOHO terel tak? Jadi sebab aku tak sentuh pelajaran pun lagi, maka harini aku telah bertekad untuk ke library. Sebab bila duduk Starbucks, konfem aku akan belanja tak kurang daripada RM10. Kalau aku duk lama? Lebih RM 20. Untuk ice blended sahaja duh. Kau ingat kau anak Raja? Eh memang pun. /:)

Lalu dengan bersemangat, aku bangun mandi, pegi beli nasik lemak dekat sorang adik ni. Lepastu dengan bersemangat jugak aku parking depan library lalu makan nasik lemak dalam kereta, siap beli air green tea lagi untuk mencerdaskan minda. kononnyela.

Lepas makan, perut dah memulas. Baidewei, aku keluar tadi tanpa mekap langsung. Bedak pun tak. Muka aku memang macam zombie kelaparan. otakkk otakkkk.


-_- NO bukan otak-otak ni.

Then aku masuk la library dengan memikul beg yang seperti anak gajah. Today aku ingat nak masuk library baru. Macam memalukan je kau belajar lama-lama kat USM ni, library baru pun tak pernah jejak. Style kot. Aku baru nak terpegun melihat keindahan alam lirary, tetibe pakcik kat kaunter panggil aku. Ah sudah. Dia cakap tabole bawak masuk beg dalam situ. Aku baru nak bagi alasan laptop aku besar, sebelum aku terfikir. Laptop orang lain kecik ke? Pastu pakcik tu tengok aku tegak lagi macam batang penyapu kat depan dia, dia bagitau, 'Locker ade kat luar.' dengan muke masam tau? Terus aku imagine aku anak Sultan. Aku pecat kau. Huh. Imagination gone wild, sorry.

Dahtu, tak kuasa lah aku nak angkut laptop yang gedabak ni. Dahla laptop aku manja. Kena ade kipas lagi. Charger pun kene angkut sekali. Fail aku lagi? Oh terime kasih daun keladi aje la. Nanti ade Galaxy Tab la aku masuk library ni. hahaha Last2 aku masuk toilet library je kat luar tu. Bila tengok cermin, astagaa. Ni manusia ke ape ni? Pucat mak aihhh. Lepastu aku ingat nak pegi Starbucks, tapi malas la pulak nak drive. Minyak kete pun takde sangat dah tu. Abah belum bank in lagi. Hukhuk. Calit-calit bedak sikit, keluar toilet, aku ternampak surau. Bukak je pintu surau, wahhh nice one. Besa la jugak daripada surau library lama. Sejuk pulak tu, ade ekon huehue. last2 aku lepak dalam surau library je. Bukak laptop pulak, PERGH line wifi penuh bhai. Bukak Tumblr, bapak laju dia load, facebook, pun laju jugak? Tak boleh jadi betul. Memang mengundang ketidak warasan fikiran. Dengan itu, aku belum bukak lagi elearning untuk study subjek Dr. Lee yang final examnya adalah pada 6 Januari nanti. Tsk sedeh. I hate you internet.

Ni lasurau dia.... Mana? Mana??? ....Kau je yang terpacak depan ni? B)

Nah close up sikit. huahaha

Satgi aku study la. InsyaAllah kalau aku tak tidur berselimutkan kesejukan ekon di dalam surau. muehehehe babai~~~ X

Comments