Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali

Salam people.

Tadi pagi, dalam pukul 6 lebih aku tersedar bila notification facebook berbunyi dalam phone. My best friend since high school, Mutiara posted something kat group sekolah kitorang. At first, macam pelik sebab Mutiara tak pernah pulak post pape kat dalam group tu. Tapi sebab memang selalunye aku tak bukak page group2 ni semua, so aku biarkan kejap. But then lepas Subuh, rasa eh, lain macam ni. Mesti ade pape. So there's the wallpost. One of my beloved friend dah kembali ke Rahmatullah...

Syahrul Yusof, head boy sekolah kitorang dulu. Accident hari Khamis lepas, dikhabarkan patah kaki. Tengah malam tu, arwah tak sedarkan diri dan pukul 5.30 pagi tadi, arwah dah dijemput menghadap Ilahi. Sedih sebak semua ada kot. Tapi Alhamdulillah, arwah pergi pada hari Jumaat.

Matsyah was such a nice guy. very soft spoken, takde la nak berlagak ke apa even dia head boy. I think we're pretty close, sebab zaman cintan cintun Form 5 masa tu. Semua tiba2 couple :) Memories. And Syah pun tak terkecuali. He was in love with my best friend. I remembered every single thing. We did exchange letters, bukan love letters, tapi as friends. Because he loved her and satu ayat dia yang paling aku ingat "saya tak suka berada dalam 'comfort zone'" I remember this letter. Dia tulis dengan pen merah rasanya. :') comfort zone means, tak gaduh, happy je couple. Dia takut. Sampai sekarang aku tak tau apa sebab dia takut sangat.

But then, pemergian arwah sangat sangat menginsafkan. Sekelip mata nyawa kita boleh ditarik. Dan tak tersangka.. Tak kira usia. Tak kira sebab. Tak kira keadaan. People come, people go... Indeed. Tapi sebab dia seorang sahabat. Walaupun dah lebih 4 tahun tak jumpa, tapi still, he's one of the people from school that I'll always remember. Sangat takut, sangat menginsafkan. Dengan keadaan diri yang tak prepare apa-apa.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Semoga roh Syah tenang kat sana. Mungkin kita semua jumpa lagi di alam lain. Al-fatihah.

Comments