a place called home :)


Aku tengah gilekan rumah sekarang. Adoiyai. Ade musim gile tau aku ni. Kejap gile kereta, kejap giile superbike, kejap gile handphone, kejap gile pegi oversea. Gile meroyan tu err... no komen. God please give me lots of money. Aku kejarkan BlackBerry haritu. sampai seminggu aku google pasal blackberry semata2 nak tau which one is the best. tensen Juna ngan aku. hahaha sori gemux. sedaya upaya jugak aku buat plan macam2 muahaha last2 tercapai cita2. bagusnye kalau aku study dengan passion macam ni kan? haih.

So sekarang aku semangat betul carik rumah. hahaha tensen aku carik umah kat Penang. Mahal tak hagak2. Dahla kecik. tsk. Lepastu aku google prosedur beli rumah, aku hadap laptop dari pagi sampai sekarang, survey semua apartment. Try tengok umah teres gak kan, tapi entah. tak best aa. Rase nak duk apartment. Boleh feeling feeling kondo gitew. tak apartment pun, bagi aku mansion sebijik. mansion besa gilevavi boleh aku perasan princess duduk dalam istana. pergh angan angannn.

see my taste. alaala eropah, english gitew.

Lepastu aku masuk forum2 pasal rumah ni semua, pasal lawyer, S&P la. Ha korang tau S&P tu ape? aku pun tak tau lagi sebenanye. kene bace lagi. Lepastu leasehold, freehold. Aku rase daripada ape yang aku bace setakat ni, baik ambik freehold. Sebab leasehold tu lebih kurang macam renting je? tak eh? baru study sehari, so tak tau which one lagi banyak advantages. kalau leasehold tu kan dah furnished semua kan, so kalau aku tak suka perabot diorang, adekah aku boleh campak keluar?

Pastu pasal bumi and non-bumi lot. Adekah aku boleh beli non-bumi punye rumah? bile google, maksud diorang tu macam tak boleh sebab nak seimbangkan kaum jadah tah. Tapi apartment kat Penang Island, kebanyakannye untuk non-bumi. Kalau ade pun, kat seberang. Nak pegi sampai seberang jaya buat hape aku nak duduk kat pulau T_T

Hmm andd, pasal rumah lelong. Ade orang tu kan, die dapat beli rumah yang dilelong, dapat discount almost 50% kott. harga hampir separuh. pergh otak ape diorang ni? pandai betul nego. untung gile kot.

dan disebabkan aku ni ade perangai selalu buang tebiat, aku mesej abah tadi. "Abah beli rumah kat Penang. Bulan2 Along bayar." muahahaha tapi abah tak reply. tsk.

Lepastu aku terfikir pulak kan. Aku ni suke duk Penang, tapi Kelantan tetap dihati bebeh. So aku carik apartment kat Kelantan pulak. Ade 18 ads je. tapi style. Semua untuk bumi, bebeh. dah fully furnished! lepastu freehold pulak! harga murah pulak tu. tapi macam murah sangat. aku rase tak logik la pulak. 18K je? adekah itu harga untuk sebulan? skim sewa milik. apekah itu? adekah itu leasehold? A'ah laaa. leasehold kot. tapi leasehold pun, asal murah sangat? ke die terlupe nak tambah another zero kat belakang? but then it says "Peluang Miliki Resort Suite dari RM9,888" Haaa aku tak rabun lagi. So aku rase betul dah ape yang aku bace tu. tak paham den.

Nak rumah sendiri, pelisss. T_T

awesome

pergh kalau almari aku macam ni.... takkan bersepah baju aku kot. kot?



Okay gemuks. sesape yang ade pitis lelebih yang tamo gune tu, sile bank in kat account CIMB aku. trimas. bye comel. dan dan comel. hehe xx

Comments