omg. X-BOX!

Tadi aku pegi KB Mall dengan adek aku. Kitorang pusing satu KBMall dan adik aku berjaya menghasut aku untuk buka diet seketika, like, bukak puasa you see? hoho. Sengaja dia nak makan McD, kelemahan paling besar. Akhirnye aku mengecewakan diri sendiri dengan memakan seketul wing. alahai sedapnye. hahaha

That's not the point. Lepastu aku berjaya menghabiskan RM15 untuk beli cover handphone. duh. tapi comel. cover sliper jepun. so kalau aku angkat tepon, nampak macam aku orang gile sebab aku cakap pakai sliper jepun. HAHAHA whatever

Lepastu aku beli earphone. Lagi. Sebab aku konon2 feeling nak study kat library kan. blergh. so earphone ni nipis je macam boleh pakai kat luar tudung dan nampak style. i loike. oh korang paham ke? tak paham pun takpe. i dont care.

Then adik aku heret aku pegi kedai game. Dan keterujaan aku semakin melampau kat sini. Ade kakak ni, pekerja kat situ kan, dia menari lagu Poker Face. Style beb. pakai sensor untuk dapat markah, ala macam aku ngan Rat maen kat arcade game tu. tapi lagi best! ohemgeey. terus aku tanye tokey dia jadahnye benda tu? ingatkan Wii. Tapi itu adelah X-BOX sebenarnye. walawei meleleh air liur aku. NAKKKKKK T_T macam nak pilih menu ke, nak pilih difficulty ke, semua pakai sensor. So kau just gerakkan tangan je. Macam magic gitu. Sekarang aku boleh kawen dengan Harry Potter. tetibe.

Masa akak tu maen aku gerammm je nak join sekali. Dia main malu2. hahaha aku rase kalo aku menari pun macam kayu jugak, tapi aku semangat ni tengok dia main. I expect more. aishh. Dah akak tu abes maen, aku sembang2 dengan akak tu kejap. Bagus akak ni. Name ape entah. Dia cakap free2 datang la main sesaje. Beyeh kak. malam ni jugak saye datang. Bawak tilam sekali boleh? muehehe.

Then aku tanye harge berape. RM 1600 complete dengan sensor. Kalo XBOX semata2 just RM1200. Just? -___-" PS3 pulak, Aman tengah kumpul duit nak beli. Harga PS3 pun RM 1200. Aku nak hasut dia beli XBOX muahahahaha. Akak tu tunjuk aku game xbox tu. macam2 kot. wrestling pon ade. boleh maen due orang. so kalo korang gaduh ngan adik korang ke husband ke, ajak dia wrestling. bantai habis2. takde la rase bersalah sangat kan. kate game? wallah! i likeee. :D

Okay sekarang aku dah ade banyak aim, and it hurts me bebeh sebab terlalu banyak. okay next entry. Things I want to have/ to do before I die. Scary tak tajuk. So?




Klik jugak. Watch that videos! :D tak kelua rumah pun takpe kalau ade mendealah ni kot. hari2 menari ni agak2 boleh kurus tak? tak payah susah2 jogging. i hate jogging. tsk. just dance! ;)

orait gemuks. see ya. :)

Comments

best! nk jugk.tp tunggu aku ade umh sendiri la
Billa.Bel said…
min beli la. nti billa nk g tompang main. haha :D