and yeah, I will.


So, member2 dah ramai yang grad. dah ramai yang pakai topi senget tu dikepala dan bergambar dengan bunga bungaan, teddy bears, dan sewaktu dengannye.

Tapi, aku tak rase pape. heh.

Tak rase jeles, tak rase nak habis belaja cepat2 ke ape. Sebab aku suka student life. Aku tanak ada tanggungjawab lagi, apart from studies eventho study pun aku tak sangat.

Haritu masa konvo kat sini, lalu kat bukit dalam USM ni, ramai je bebudak amek gamba kat situ dengan jubah purple semua purple. Tapi, aku rase..... takde rase pape. like, oh so you dah convo. so? pang nak? maybe belum time member2 rapat aku konvo tak? err entah. whatever.

Dan, pagi tadi aku masuk tutorial untuk subjek Lakonan dan Pengarahan. Harini hari first, dan lecturer dah kenal, so jangan harap kau nak ponteng sukesuke ati. Tapi aku rase aku takkan ponteng minor aku yang ni. Sebab, it's too fun.

Duh! Kenapa aku tak ambik kos ni dari awal? Kenapa aku tak click dekat Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan something like that lepas habis matrix dulu? Kenapa aku kena ikut aliran Sains sedangkan dari kecik aku dah tunjuk minat kat muzik, minat kat guitar, minat drum, minat drama, minat berlakon. Aku pernah berlakon sorang2 dalam kereta, berbekalkan skrip dalam buku sastera Form 5 sepupu aku. :) Dan if memang aku terpaksa ambik Sains sekalipun seumur hidup, kenapa aku tak nampak LANGSUNG adenye minor yang aku ambik sekarang ni DUA TAHUN LEPAS???? kenape aku pegi pilih bahasa jugak, padahal kat matriks pun aku tak khatam belajar Mandarin. Goshhhhh! This is so ridiculous. Now I'm questioning myself. How great is that? Patutlah aku mimpi aku gila. Shit. Realiti dengan mimpi pun sama, aku dah gila ni. duhduhduhhh. Tensi.


Oh, thank God ada good news today. I'M EFFING FREE! dah officially berhenti jadi promoter dan aku sorang je tau macam mane legaaaanyaaaaa aku dapat melepaskan diri dari keje itu. huahuahuaaa very the happy! :DDDD thank you, Lord. sumpah tamau keje camtu dahh.

Dan sepatutnye sekarang aku patut buat report dan presentation LI. Esok dah kena present. Presentation aku tak risau sangat sebab takde markah pun. kau just cerita pengalaman berlatihan industri je. Lagipun aku sorang2 je praktikal kat situ. Kau nak kencing nak kelentong ape pun kau punya suka. wahaha. Cuma, report ni yang aku macam lemah sikit. Antara fail dan lulus aje. Tapi aku rase takkan ade yang fail kot? tapi tak mustahil. -_-"


So guys, I gtg. Nak buat report dulu. Presentation no worries. Legend tak? lol. bui sayangs. aku dah semakin kurus, dah tade lemak2 berlebihan di pinggang wahahahaha jeles takk?

xx

Comments