Aku adelah sangat penat. mind the grammar. Penat weh penat nak mampus. Kerja aku just berdiri, layan customer nak baju itu, seluar ini, kemeja itu, coat ini. Then lipat baju, betulkan baju yang senget, tulis bill, kira stock, lap habuk. Dah. Done. Semua benda yang penting2 aku boleh habiskan dalam masa tak sampai dua jam. kadang2 sejam. Yang 6 jam lagi? Perghhhh hazabb. Kadang2 bila customer ramai gila, bila sale banyak, fun kot. ade bebudak lari lari, bising2, gelak ketawa semua. Time tu okay. Tapi bila time takde orangggggg. God knows.

Tulah haritu eksaited sangat nak kerja promoter. erghh promoter is just not me. Cuma aku sedang cuba bertahan untuk sebulan ni jeee. sebab aku ade target yang aku nak untuk masa terdekat ni. tetapi nak tahan lagi sebulan, masyaAllah~! Sehari pun aku rase nak gila. Dahla tak boleh nak berjalan2, huha huha ke, nak bersembang pun adoiyaii tak tau nak sembang dengan sape, dan pasal ape. kakak2 kat situ sume baik2, senyum je tiap masa. Aku yang malas bercakap. sebab takde point, dan aku penat berdiri. Ingat tak penat ke berdiri weh? cuba kau berdiri 8 jam tengok? Aku duduk pun time minum air, solat dan break. Time break tu kau duduk la puas2.

dah tu tak boleh ada reading materials langsung. haritu aku bawak nota pasal projek kitorang. Terus ade orang cakap, 'tau kan kat sini tak boleh baca?' wtf. rules yang aku fahamkan aritu cakap tabole baca majalah dan newspaper, bukan nota kuliah. ergghhh

Tension ni, tension.

Juna emo sikit, aku boleh emo berkali ganda. Habis aku campur aduk semua kerja, belajar, life, love life. Sekali salah cucuk, meletup aku. Ah dah meletup dah pun. Baru seminggu wei. Macam mane la diorang boleh tahan kerja sampai dua tiga tahun? I need to do something rather than just standing there like a statue. I need to walk around, to play around, to talk. tak bercakap dengan manusia pun takpe. bagi aku kucing, aku jage macam anak sendiri. ape kate aku keje kedai binatang pulak? muehehe. yess.

Comments