lalalala



Rutin masa puasa sejak aku duk Kelantan:

Bangun dalam pukul 11 pagi. ahaha kadang2 kalau malam tadi pasang aircond, sure akan terbabas sampai dengar azan Zohor. Lepastu menggelupur bangun cepat cepat. this is not something to be proud of ahaha tapi takpe. mase bulan pose jeee (kat USM pun same -.-")

Then aku mandi, pakai baju semalam, padahal baju berlonggok atas katil. Rase membazir kalau tak pakai baju semalam. Sebab bukan pegi mane2 pun. Duduk rumah mane nak berpeluh.. Dan aku hadap laptop sampai Asar. Lepas solat Asar, aku heret Aman si adik pegi pasar ataupun pegi office Abah mintak duit beli barang masak. Ayam wajib. Ikan pun wajib sebab abah tak makan ayam sangat unless ayam tu nampak sedap. well aku masak ape je tak sedap kan muahaha masak boleh, cuma fail bezakan sayur. daun bawang pun aku tak tau ape jadahnye tu. kangkung aku dah tau yang mane satu. *wink2. okdah.

Lepastu sampai rumah, Aman akan masak nasik dan buat air untuk minum. Aku akan potong ayam siang ikan potong sayur, fikir nak masak ape. Note to self: Jangan tanye Abah nak makan ape. Sebab abah akan suruh masak sampai 3-4 jenis lauk ikan. Last2 tak habis. Grrrr. So because I'm an independent woman (sangat --') I made my own decisions. And start cookingg bebeh.

Dah siap hidang, siren bunyik, dan makanlah kitorang berempat... Lepastu Abah dan Syam akan naik atas, buat hal masing-masing. Tinggal aku dengan Aman untuk berborak, berbincang, berkutuk, bergurau, bergelak duaorang before kemas meja, and basuh pinggan. Lepas solat Maghrib, solat Isya' & Teraweh kalau rajin, aku dengan Aman akan tengok TV. Abah selalunya keluar meeting, keluar makan, keluar jumpa Pengarah blablabla. Syam keluar Teraweh, balik lepas makan colek errr rojak.

Aku dengan Aman akan hadap TV tu sampai sahur. Kadang2 salah sorang akan tido depan TV. Sorang lagi akan kejut pukul 4.30 untuk prepare sahur. Kalau lauk semalam banyak lagi, aku panaskan. Kalau tak.... masak lain la pulaks.

Dahtuu kemas2 pulak, tunggu Subuh, make sure Syam pegi sekolah, barulah aku tido dengan tenang tanpa gangguan... heaven.

perasan tak aku tade nak sapu rumah ke ape? hahaha. memang pun. aku sapu bilik aku je. muehehe.. Tiap minggu ade bibik datang rumah, sapu rumah, mop lantai semua. Dia buat lagi bersih so tenkiu bibik. Bibik tak datang baru aku menggantikan bibik. Hehe.

Okbaiii Abah suro pegi pantai timur beli barang masak awal sikit harini.
xx :)


Comments